Gunakan Analitis dengan Blogger

Anda boleh menggunakan Analitis untuk mengetahui lokasi pembaca dan perkara yang mereka baca di blog anda. Ketahui lebih lanjut tentang Analitis.

Langkah 1: Daftar untuk Analitis

Langkah 2: Tambahkan penjejakan Analitis pada Blogger

Penting: Data boleh mengambil masa hingga 24 jam untuk ditunjukkan dalam Analitis.

  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog yang ingin dianalisis.
  3. Daripada menu di sebelah kiri, klik Tetapan.
  4. Di bawah "Asas", klik ID Sifat Google Analitis.
  5. Masukkan ID penjejakan Analitis anda.
    • Pastikan anda memasukkan ID dalam format ini: UA-XXXXX-XX.
  6. Klik Simpan.