Pemberitahuan kuki di negara-negara Kesatuan Eropah

Undang-undang Kesatuan Eropah (EU) menghendaki anda memberi pelawat EU maklumat tentang kuki yang digunakan di blog anda. Dalam banyak keadaan, undang-undang ini turut menghendaki anda mendapatkan persetujuan.

Sebagai ihsan, kami telah menambahkan notis berikut pada blog anda untuk mematuhi peraturan ini:

"Tapak ini menggunakan kuki daripada Google untuk menyampaikan perkhidmatan dan menganalisis trafik. Alamat IP dan agen pengguna anda dikongsikan dengan Google bersama-sama metrik prestasi dan keselamatan untuk memastikan kualiti perkhidmatan, menjanakan statistik penggunaan dan mengesan serta mengatasi penyalahgunaan."

Notis ini memaklumi pelawat tentang penggunaan kuki Blogger dan Google di blog anda, termasuk kuki Analitis Google dan Google Adsense oleh Google. Ketahui tentang amalan privasi Google dan cara Google menggunakan data di tapak rakan kongsi.

Tukar notis

Berikut ialah cara menukar atau melumpuhkan notis
  • Untuk menukar notis ini, tambah teg SCRIPT dengan 'cookieOptions = {...};' dalam teg HEAD dengan nilai untuk mana-mana msg, close, learn dan link.
  • Untuk melumpuhkan notis ini, tambah teg SCRIPT dengan 'cookieChoices = {};' dalam teg HEAD.

Jika anda telah mengedit blog anda dengan cara yang menyembunyikan notis ini, anda bertanggungjawab memberitahu pelawat anda tentang kuki yang digunakan pada blog anda dan jika perlu, mendapatkan persetujuan. Selain itu, jika anda telah menambahkan ciri blog yang lain, yang menetapkan kuki, termasuk analitis pihak ketiga atau perkhidmatan pengiklanan, anda perlu menyediakan notis tambahan atau notis yang berbeza.

Anda bertanggungjawab menentukan perkara lain yang wajar berdasarkan penggunaan kuki anda. Jika anda memilih untuk menggunakan notis lain, pastikan anda kekal mematuhi dasar persetujuan pengguna EU Google. Ketahui lebih lanjut tentang penjanaan notis kuki.

Lihat notis

Untuk melihat notis jika anda berada di luar EU, lihat blog anda dan tukar kod negara dengan menambah rentetan berikut pada bahagian akhir url ?gl=[countrycode]. Contohnya blogger.com?gl=fr. Jika anda menggunakan domain khas, anda mungkin tidak melihat notis di luar EU.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
18241625998448257256
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
74
false
false