Kawal akses kepada blog anda

Anda boleh mengawal orang yang boleh membaca, mengedit dan mengurus blog anda. Anda boleh menambah sehingga 100 orang ahli kesemuanya, termasuk pengarang, pentadbir atau pembaca.

Tambahkan ahli pasukan pada blog anda

Penting: Untuk mengurus dan membuat catatan pada blog, pengarang dan pentadbir yang diundang memerlukan Akaun Google.

Untuk mengundang pembaca ke blog anda: 

  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog. 
  3. Dari menu di sebelah kiri, klik Tetapan.
  4. Di bawah "Kebenaran", klik Undang lagi pembaca.
  5. Masukkan alamat e-mel orang yang ingin anda tambahkan.
  6. Klik Hantar.
Berikan akses pentadbir kepada ahli pasukan

Untuk menjadikan seseorang itu pentadbir, pergi ke menu di sebelah nama orang itu dan pilih Pentadbir.

Pentadbir pada blog anda boleh: 

  • Tambah atau alih keluar pentadbir dan pengarang lain.
  • Ubah tetapan atau templat blog.
  • Edit atau padamkan mana-mana catatan.

Jika pentadbir kehilangan akses kepada blog, pentadbir lain perlu memberikan kembali kebenaran. Jika anda satu-satunya pentadbir, cuba akaun lain yang anda urus untuk mengetahui sama ada anda mempunyai akses kepada blog tersebut.

Alih keluar akses daripada ahli pasukan atau diri sendiri

Penting: Setelah anda membatalkan akses, catatan mereka yang terdahulu masih ditunjukkan pada blog tetapi mereka tidak akan dapat mengedit catatan itu.

  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog.
  3. Daripada menu di sebelah kiri, klik Tetapan.
  4. Di bawah "Kebenaran", klik Pentadbir dan pengarang blog.
  5. Cari ahli pasukan yang ingin anda alih keluar dan klik Padamkan ahli ini Alih keluar.

Pindahkan blog kepada pemilik baharu

Penting: Blogger tidak dapat menjadi pengantara untuk pertikaian terhadap pemilikan blog.

Untuk memindahkan blog daripada satu pemilik kepada pemilik yang lain:

  1. Ikut langkah untuk memberikan akses pentadbir kepada ahli pasukan yang dipilih.
  2. Alih keluar hak akses bagi pemilik blog yang asal.

Petua: Jika pemilik blog yang baharu mahu menukar nama pemilik blog asal daripada catatan, pemilik baharu itu perlu memadamkan dan menerbitkan semula catatan tersebut.

Tambahkan pengarang pada blog anda 

Penting: Untuk mengurus dan membuat catatan pada blog, pengarang dan pentadbir yang diundang memerlukan Akaun Google.

Pengarang boleh menambah dan mengedit catatan mereka sendiri pada blog anda. 

Untuk mengundang pengarang baharu:

  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog.
  3. Dalam menu kiri, klik Tetapan.
  4. Di bawah "Kebenaran", klik Undang lagi pembaca.
  5. Masukkan alamat e-mel orang yang hendak ditambah.
  6. Klik Hantar.
    • Selepas mereka menerima undangan itu, mereka akan disenaraikan sebagai pengarang.

Jadikan blog anda blog peribadi

Penting: Setelah anda menjadikan blog anda blog peribadi, orang yang mempunyai alamat web sesuatu imej masih dapat melihat imej tersebut.

Secara lalainya, blog anda bersifat awam dan boleh dibaca oleh sesiapa sahaja di web. 

Untuk menukar orang yang dapat mengakses blog anda:

  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog.
  3. Daripada menu di sebelah kiri, klik Tetapan.
  4. Di bawah “Kebenaran”, klik Akses pembaca dan pilih daripada pilihan ini:
    • Awam: Sesiapa sahaja di web dapat mengakses dan membaca blog anda.
    • Peribadi kepada pengarang: Semua pengarang blog anda dapat mengakses dan membaca blog itu.
    • Pembaca tersuai: Hanya pembaca yang anda undang boleh mengakses dan membaca blog anda.
Alih keluar akses kepada blog anda

 Jika anda tidak mahu seseorang mempunyai akses kepada blog anda lagi, anda boleh mengalih keluar akses orang itu:

  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog.
  3. Daripada menu di sebelah kiri, klik Tetapan.
  4. Di bawah "Kebenaran", klik Pembaca tersuai.
  5. Di sebelah orang yang ingin dialih keluar, klik Padamkan ahli ini Alih keluar.
Hadkan akses kepada kandungan dewasa

Penting: Jika blog yang mengandungi kandungan dewasa tidak menyertakan amaran kandungan dan telah dibawa kepada perhatian Google, kami akan menghidupkan amaran untuk anda. Jika perkara ini berlaku berulang kali, blog itu mungkin dialih keluar.

Jika blog anda mengandungi tema atau bahasa dewasa, anda perlu menambahkan halaman amaran sebelum pengguna dapat mengakses kandungan blog anda. Pembaca blog perlu mengesahkan umur mereka untuk mengakses kandungan.

  • Amaran kandungan dewasa diperlukan: Bagi kandungan pornografi atau kandungan seksual eksplisit.
  • Amaran kandungan dewasa tidak diperlukan: Bagi gambaran kebogelan untuk dokumentari bukan seksual dan gambaran kebogelan yang disediakan dengan jelas untuk tujuan pendidikan, dokumentari, saintifik atau seni.

Tambahkan amaran kandungan dewasa

Jika blog anda terdapat kandungan yang anda percaya tidak sesuai untuk semua peringkat umur, anda boleh menunjukkan amaran kandungan kepada pembaca anda:

  1. Log masuk ke Blogger.
  2. Di bahagian atas sebelah kiri, pilih blog.
  3. Daripada menu di sebelah kiri, klik Tetapan.
  4. Di bawah "Asas", hidupkan Kandungan dewasa.
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7017820060654762616
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
74
false
false