Jika anda memerlukan lebih banyak ruang pada Android TV anda, anda boleh mengalih keluar sesetengah apl dan permainan anda. Anda juga boleh menyambungkan pemacu USB.
Nota: Langkah di bawah mungkin tidak berfungsi untuk semua TV yang menjalankan Android TV.
Tambahkan ruang dengan mengalih keluar apl atau permainan
- Pergi ke Skrin utama pada Android TV anda.
- Tatal ke bawah dan pilih Tetapan
.
- Di bawah "Peranti", pilih Apl.
- Di bawah "Dimuat Turun", pilih apl yang anda mahu alih keluar
Nyahpasang
OK.
Tambahkan ruang dengan pemacu USB
Anda boleh menyambungkan pemacu USB ke Android TV anda untuk menambah lebih banyak ruang untuk apl dan kandungan lain.
Sediakan pemacu andaFormatkan pemacu anda
Android TV hanya menyokong pemacu dengan format FAT. Selepas anda menyambungkan pemacu anda, Android TV akan menyemak format.
Nota: Apabila anda memformatkan pemacu anda, anda akan memadamkan perkara pada pemacu. Pindahkan sebarang kandungan yang anda mahu simpan sebelum anda bermula.
- Jika Android TV dapat mengecam format: Ia menetapkan pemacu sebagai boleh alih.
- Jika Android TV tidak dapat mengecam formatt: Ia meminta anda memformatkan pemacu sebagai storan dalaman atau boleh alih.
Selepas format anda diputuskan, ikuti arahan daripada Android TV anda.
Pilih storan anda
- Storan dalaman: Anda boleh menyimpan lebih banyak data pada Android TV anda. Anda tidak boleh memindahkan data anda di tempat lain.
- Storan boleh alih: Anda boleh memindahkan kandungan pada pemacu ke peranti lain. Apl dan permainan tidak boleh dialih keluar.
Untuk memastikan kandungan anda selamat, keluarkan pemacu anda sebelum anda mencabut palamnya daripada Android TV anda.
- Pergi ke Skrin utama pada Android TV anda.
- Tatal ke bawah dan pilih Tetapan
.
- Di bawah "Peranti", pilih Storan dan tetapkan semula
.
- Pilih pemacu USB anda
Keluarkan.
Selepas anda mengeluarkan pemacu anda daripada Android TV anda, anda tidak dapat melihat atau menggunakan apl yang disimpan padanya.
Anda boleh menukar cara pemacu anda disediakan pada bila-bila masa.
Nota: Apabila anda memformatkan pemacu anda, anda akan memadamkan perkara pada pemacu. Pindahkan sebarang kandungan yang anda mahu simpan sebelum anda bermula.
- Pergi ke Skrin utama pada Android TV anda.
- Tatal ke bawah dan pilih Tetapan
.
- Di bawah "Peranti", pilih Storan dan tetapkan semula
.
- Pilih pemacu USB anda.
- Pilih cara anda mahu memformatkan pemacu anda.
Pindahkan apl atau kandungan lain ke pemacu USB anda
Pindahkan apl ke pemacu- Pergi ke Skrin utama pada Android TV anda.
- Tatal ke bawah dan pilih Tetapan
.
- Di bawah "Peranti", pilih Apl.
- Pilih apl yang anda mahu alih keluar.
- Tatal ke bawah dan pilih Storan yang digunakan.
- Pilih pemacu USB anda.
Selepas anda mengeluarkan pemacu anda daripada Android TV anda, anda tidak dapat melihat atau menggunakan apl yang disimpan padanya.
Jika anda menetapkan pemacau anda sebagai storan dalam, anda boleh mengosongkan lebih banyak ruang pada Android TV anda dengan memindahkan kandungan kepada pemacu.
Nota: Jika anda memindahkan kandungan ke pemacu USB anda, anda mungkin perlu memasang palam pemacu anda untuk menggunakan semua apl anda dan kandungan lain.
- Pergi ke Skrin utama pada Android TV anda.
- Tatal ke bawah dan pilih Tetapan
.
- Di bawah "Peranti", pilih Storan dan tetapkan semula
.
- Pilih pemacu USB anda.
- Pilih Pindahkan data
Alihkan sekarang.