Fahami cara perkhidmatan Android TV menggunakan data anda

Sesetengah perkhidmatan Android TV menggunakan data anda untuk membantu Android TV dijalankan.

Cara Android TV Launcher mengendalikan data anda

Android TV Launcher memulakan semua aktiviti pada peranti Android TV yang menjalankan Android 7 dan lebih awal.

Google mengumpulkan maklumat tertentu untuk menyediakan perkhidmatan Android TV Launcher. Sesetengah daripada fungsi ini menggunakan perkhidmatan Google Play. Contohnya, Android TV Launcher boleh mengumpulkan:

  • Lokasi anggaran, peranti atau ID lain, interaksi apl dan tindakan lain dikumpulkan untuk tujuan fungsi, analitis, pengiklanan atau pemasaran dan pemeribadian apl.
  • Log ranap dan diagnostik dikumpulkan untuk tujuan analitis.

Data disulitkan dalam transit.

Untuk mengetahui tentang akses data dengan lebih lanjut, pergi ke Pusat Bantuan Privasi.

Cara Android TV Home mengendalikan data anda

Android TV Home memulakan semua aktiviti pada peranti Android TV yang menjalankan Android 8 dan lebih baharu.

Google mengumpulkan maklumat tertentu untuk menyediakan perkhidmatan Android TV Home. Sesetengah daripada fungsi ini menggunakan perkhidmatan Google Play. Contohnya, perkhidmatan Android TV Home boleh mengumpulkan:

  • Lokasi anggaran, ID pengguna, peranti atau ID lain, interaksi apl dan tindakan lain dikumpulkan untuk tujuan fungsi apl, analitis, pengiklanan atau pemasaran dan pemeribadian.
  • Log ranap dan diagnostik dikumpulkan untuk tujuan analitis.
  • Data maklum balas pengguna akan digunakan untuk tujuan analitis.

Data disulitkan dalam transit.

Anda boleh meminta pemadaman data yang dikumpulkan daripada Akaun Saya. Untuk mengetahui tentang akses data dengan lebih lanjut, pergi ke Pusat Bantuan Privasi.

Cara Android TV Core Services mengendalikan data anda

Android TV Core Services menyediakan fungsi sistem penting pada peranti Android TV, seperti pemberitahuan.

Google mengumpulkan maklumat tertentu untuk menyediakan Android TV Core Services. Sesetengah daripada fungsi ini menggunakan perkhidmatan Google Play. Contohnya, Android TV Core Services boleh mengumpulkan:

  • Lokasi anggaran, peranti atau ID lain, interaksi apl dan tindakan lain dikumpulkan untuk tujuan fungsi, analitis, pengiklanan atau pemasaran dan pemeribadian apl.
  • Log ranap dan diagnostik dikumpulkan untuk tujuan analitis.
  • Data maklum balas pengguna akan digunakan untuk tujuan analitis.

Data disulitkan dalam transit.

Untuk mengetahui tentang akses data dengan lebih lanjut, pergi ke Pusat Bantuan Privasi.

Cara Android TV Remote Service mengendalikan data anda

Android TV Remote Service mengendalikan interaksi audio apabila menggunakan alat kawalan jauh fizikal dan membolehkan anda menggunakan telefon atau tablet Android anda sebagai alat kawalan jauh untuk Android TV anda.

Google mengumpulkan maklumat tertentu untuk menyediakan Android TV Remote Service. Sesetengah daripada fungsi ini menggunakan perkhidmatan Google Play. Contohnya, Android TV Remote Service boleh mengumpulkan:

  • Interaksi apl, tindakan lain, log ranap, diagnostik dan ID peranti untuk tujuan kefungsian apl dan analitis.

Data disulitkan dalam transit.

Ketahui cara mengakses dan memadamkan data anda.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
16159401892698546369
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
true
true
107924
false
false
false
false