- Bermula semula dengan sendiri.
- Pegun.
- Ranap.
- Berjalan dengan perlahan.
Mulakan semula dalam mod selamat
Penting: Sesetengah widget Skrin Utama dialih keluar dalam mod selamat. Jika anda menggunakan widget, ambil tangkapan skrin untuk membantu anda mengembalikan semula widget tersebut.
Tindakan memulakan semula dalam mod selamat adalah berbeza mengikut telefon. Untuk mengetahui cara memulakan semula telefon anda dalam mod selamat, lawati tapak sokongan pengilang anda.
Langkah 2: Periksa sama ada masalah itu dapat diselesaikan
- Gunakan telefon anda seperti biasa dan periksa sama ada masalah itu dapat diselesaikan.
- Jika masalah selesai, besar kemungkinan apl yang menjadi punca masalah anda. Pergi ke langkah 3 di bawah.
- Jika masalah tidak selesai, itu bermaksud punca masalahnya bukanlah apl. Lihat senarai penyelesaian masalah yang lain.
Langkah 3: Keluar daripada mod selamat
Untuk keluar daripada mod selamat, biasanya anda boleh memulakan semula telefon anda seperti biasa. Tindakan mematikan atau keluar daripada mod selamat adalah berbeza mengikut telefon. Untuk mengetahui cara memulakan semula telefon anda dalam mod selamat, lawati tapak sokongan pengilang anda.
Langkah 4: Semak apl
- Alih keluar apl yang dimuat turun baru-baru ini, satu demi satu.
- Selepas setiap pengalihan keluar, mulakan semula telefon anda seperti biasa. Periksa sama ada tindakan mengalih keluar apl tersebut menyelesaikan masalah itu.
- Setelah anda mengalih keluar apl yang menyebabkan masalah itu, anda boleh memasang semula apl yang anda alih keluar.
Petua: Untuk membantu anda mengenal pasti apl yang menjadi punca masalah, buat senarai apl yang anda henti paksa.