Panjangkan hayat bateri peranti Android anda sedapat mungkin

Penting:

Anda boleh mengambil beberapa tindakan untuk melanjutkan hayat bateri peranti dan menjadikan cas tahan lebih lama.

Petua: Hayat bateri peranti anda bergantung pada jenis peranti yang anda miliki. Dapatkan bantuan berhubung peranti tertentu di tapak sokongan pengilang anda.

Pilih tetapan yang kurang menggunakan bateri

Bergantung pada peranti, anda boleh:
  • Biarkan skrin anda dimatikan lebih cepat.
  • Kurangkan kecerahan skrin.
  • Tetapkan kecerahan supaya berubah secara automatik.
  • Matikan bunyi atau getaran papan kekunci.
  • Hadkan apl yang banyak menggunakan bateri.
  • Hidupkan bateri boleh suai.
  • Padamkan akaun yang tidak digunakan.
  • Hidupkan tema gelap.

Untuk mengetahui cara menukar tetapan ini, lawati laman sokongan pengilang peranti anda.

Jaga bateri anda

Gunakan penyesuai kuasa yang disertakan dengan telefon anda
Penyesuai kuasa dan pengecas lain mungkin mengecas dengan perlahan atau tidak mengecas langsung . Penyesuai dan pengecas ini juga boleh merosakkan telefon atau bateri anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pengecas telefon anda, hubungi pengilang peranti anda.
Pastikan peranti anda sejuk
Elakkan situasi yang boleh menyebabkan telefon anda terlampau panas, terutamanya apabila bateri anda telah dicas penuh. Bateri anda menyusut jauh lebih cepat apabila panas, walaupun semasa tidak digunakan. Penyusutan begini boleh merosakkan bateri.
Cas setakat yang diperlukan
Anda tidak perlu mengajar telefon anda tentang kapasiti bateri dengan menyahcas daripada cas penuh kepada cas sifar atau mengecas daripada cas sifar kepada cas penuh. Kami mengesyorkan anda menyusutkan bateri sekali-sekala sehingga kurang daripada 10% dan kemudian mengecas bateri itu hingga penuh semalaman.

Panjangkan hayat bateri lemah

Hidupkan penjimat bateri atau mod kuasa rendah
Sesetengah telefon Android dilengkapi dengan mod penjimat bateri atau kuasa rendah yang membantu cas bertahan lebih lama. Untuk mengetahui jika telefon anda mempunyai mod ini, pergi ke laman sokongan pengilang peranti anda.

Hidupkan mod penjimat bateri secara manual

  1. Buka apl Tetapan pada telefon anda.
  2. Ketik Bateri kemudian Penjimat Bateri.
  3. Pilih jadual untuk mod penjimat bateri atau matikan mod secara automatik.

Petua: Apabila Penjimat Bateri dihidupkan, Tema gelap dihidupkan dan mengehadkan atau mematikan aktiviti latar, oleh itu sesetengah kesan visual, ciri tertentu, sambungan rangkaian dan apl mungkin mengalami lengah dalam mod ini.

Elakkan tindakan yang membuatkan skrin sentiasa hidup
Untuk menjimatkan hayat bateri, cuba jangan:
  • Menggunakan navigasi untuk tempoh yang panjang.
  • Menonton video.
  • Bermain permainan yang sarat dengan grafik.
Elakkan sambungan yang berterusan
Untuk menjimatkan hayat bateri, cuba jangan:
  • Menambatkan telefon anda (tempat liputan).
  • Menggunakan GPS untuk tempoh yang panjang.
  • Menstrim video atau muzik.
  • Membuat panggilan telefon semasa sedang bergerak, seperti di dalam kereta.
Elakkan tindakan yang memproses terlalu banyak maklumat
Untuk menjimatkan hayat bateri, cuba jangan:
  • Kerap menggunakan kamera.
  • Bermain permainan yang amat interaktif.
  • Menggunakan apl untuk tempoh yang panjang.
Hadkan kesambungan & lokasi
  • Jika anda tidak memerlukan rangkaian mudah alih, hidupkan mod Pesawat Mod pesawat.
  • Gunakan Wi-Fi dan bukannya data mudah alih
  • Matikan Bluetooth.
  • Matikan akses Lokasi. Sesetengah apl dan ciri tidak akan berfungsi apabila Lokasi dimatikan.

Selesaikan masalah bateri yang berterusan

Mulakan semula telefon anda (but semula)
  1. Pada kebanyakan telefon, tekan butang kuasa telefon selama kira-kira 30 saat, sehingga telefon anda dimulakan semula.
  2.  Pada skrin, anda mungkin perlu mengetik Mulakan semula Mulakan semula.
Semak kemas kini Android
  1. Buka apl Tetapan telefon anda.
  2. Berhampiran bahagian bawah, ketik Sistem kemudian Kemaskinian perisian.
    • Jika perlu, ketik, Perihal telefon atau Perihal tablet dahulu.
  3. Ikut langkah berikut apabila status kemaskinian dipaparkan pada skrin anda.
Semak kemas kini apl

Semak sekiranya terdapat kemaskinian yang tersedia untuk apl Camera:

  1. Buka apl Google Play Store Google Play.
  2. Ketik ikon Profil pada bahagian atas sebelah kanan.
  3. Ketik Urus apl & peranti.
  4. Dalam bahagian "Kemaskinian tersedia", pasang sebarang kemaskinian yang tersedia untuk Kamera Pixel.

Semak sekiranya terdapat Kemaskinian Sistem Android yang tersedia:

  1. Buka apl Tetapan telefon anda.
  2. Ketik Sistem.
  3. Ketik Kemaskinian Perisian.
  4. Ketik Kemaskinian sistem.
  5. Ketik Semak kemaskinian.
Tetapkan semula kepada tetapan kilang
Penting: Penetapan semula data kilang akan mengalih keluar semua data daripada telefon anda. Anda boleh memulihkan sebarang data yang disimpan dalam Google Account anda tetapi semua apl dan data yang dikaitkan akan dinyahpasang. Sebelum anda melakukan tetapan semula data kilang, sandarkan telefon anda.

Hubungi pengeluar peranti anda

Jika anda masih mengalami masalah, lawati lawati tapak sokongan pembawa atau pengilang anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
5184905299277872376
true
Cari di Pusat Bantuan
false
true
true
true
false
false
false
false