Jika anda tidak dapat mengakses Internet pada peranti Android anda, sama ada melalui apl atau laman web, cuba langkah penyelesaian masalah ini.
Tanda-tanda sambungan yang bermasalah
- Muat turun tidak bermula, tamat masa atau kekal pada 0%.
- Google Play tersekat pada "Memuatkan…"
- Anda tidak dapat memuatkan halaman web dalam penyemak imbas.
Petua penyelesaian masalah umum untuk peranti Android
- Mulakan semula peranti anda. Langkah ini mungkin kedengaran mudah, tetapi kadangkala itulah langkah yang diperlukan untuk membetulkan sambungan yang bermasalah.
- Jika tindakan memulakan semula tidak berkesan, tukar antara Wi-Fi dengan data mudah alih:
- Buka apl Tetapan anda dan ketik Rangkaian & Internet atau Sambungan. Pilihan ini mungkin berbeza bergantung pada peranti anda.
- Matikan Wi-Fi dan hidupkan data mudah alih, kemudian semak jika terdapat perubahan.
- Jika tidak, matikan data mudah alih dan hidupkan Wi-Fi, kemudian semak sekali lagi.
- Cuba langkah penyelesaian masalah di bawah.
Semak data mudah alih & sambungan data
- Buka apl Tetapan anda dan ketik Rangkaian & Internet atau Sambungan
Data mudah alih atau Data selular.
- Pada sesetengah peranti, anda mungkin perlu memilih Penggunaan data sebelum anda menemukan pilihan ini.
- Hidupkan Data mudah alih atau Data selular. Jika sudah dihidupkan, matikan data, kemudian hidupkan semula.
- Pastikan terdapat penunjuk data, seperti 2G, 3G, 4G atau H bersebelahan bar kekuatan isyarat di bahagian atas skrin
.
- Kadangkala maklumat ini tidak dipaparkan jika anda mendapat sambungan Wi-Fi yang aktif. Jika begitu, matikan Wi-Fi dan semak sekali lagi.
Jika anda tidak mendapat penunjuk data isyarat, anda mungkin berada di kawasan yang tiada liputan. Jika boleh, pergi ke kawasan lain atau pergi ke luar dan semak isyarat anda sekali lagi.
Petua: Jika perkara ini kerap berlaku, hubungi penyedia perkhidmatan mudah alih anda.
Hidupkan & matikan mod pesawat
- Buka apl Tetapan anda dan ketik Rangkaian & Internet atau Sambungan
Mod Pesawat. Pilihan ini mungkin berbeza bergantung pada peranti anda.
- Hidupkan Mod pesawat.
- Tunggu selama 10 saat.
- Matikan Mod pesawat.
- Semak jika masalah sambungan telah diselesaikan.
Jika anda masih mengalami masalah selepas anda melengkapkan langkah-langkah ini, hubungi penyedia perkhidmatan mudah alih anda.
Pastikan Wi-Fi dihidupkan & anda disambungkan
- Buka apl Tetapan anda dan ketik Rangkaian & Internet atau Sambungan
Wi-Fi. Pilihan ini mungkin berbeza bergantung pada peranti anda.
- Hidupkan Wi-Fi.
- Cari penunjuk sambungan Wi-Fi di bahagian atas skrin anda
.
- Jika tidak dipaparkan atau tiada bar yang berisi, anda mungkin berada di luar liputan rangkaian Wi-Fi.
- Pergi lebih dekat dengan penghala, semak jika anda mendapat sambungan Wi-Fi yang lebih kuat dan cuba lagi.
Mulakan semula penghala wayarles anda
Jika anda bersambung ke Wi-Fi di rumah, semak manual penghala anda untuk mendapatkan arahan tentang cara menetapkan semula penghala. Selalunya anda boleh:
- Tanggalkan pemalam penghala daripada sumber kuasa elektrik dan pastikan lampu pada penghala tersebut padam.
- Tunggu selama 30 saat.
- Palamkan semula penghala dan tunggu selama 30 saat sehingga semua lampu menyala semula.
Jika anda masih mengalami masalah kesambungan selepas anda melengkapkan langkah ini, hubungi penyedia perkhidmatan Internet anda atau hos rangkaian Wi-Fi.