Apabila anda menghidupkan Perlindungan Lanjutan, anda mendapat ciri keselamatan dan privasi paling kukuh untuk melindungi anda serta peranti anda daripada serangan dalam talian, apl berbahaya dan risiko terhadap data.
Ciri ini menawarkan beberapa manfaat:
- Perlindungan menyeluruh, gangguan minimum: Perlindungan Lanjutan memberi anda pilihan untuk melengkapi peranti anda dengan ciri keselamatan Android yang paling berkesan untuk pertahanan proaktif, dengan pengalaman yang mesra pengguna dan kurang halangan.
- Pengaktifan yang mudah: Perlindungan Lanjutan menjadikan keselamatan lebih mudah digunakan dan boleh diakses. Anda tidak perlu menjadi pakar keselamatan untuk memperoleh manfaat daripada keselamatan yang dipertingkatkan.
- Pertahanan berlapis: Setelah pengguna menghidupkan Perlindungan Lanjutan, sistem mencegah pelumpuhan ciri keselamatan berasingan di bawah Perlindungan Lanjutan secara tidak sengaja atau hasad. Ciri ini menggambarkan strategi "pertahanan berlapis", dengan berbilang lapisan keselamatan berfungsi bersama-sama.
- Penyepaduan keselamatan yang lancar dengan apl: Perlindungan Lanjutan bertindak sebagai titik kawalan tunggal yang mendayakan tetapan keselamatan penting merentas kebanyakan apl Google kegemaran anda, termasuk Chrome, Google Messages dan Telefon oleh Google. Perlindungan Lanjutan juga akan menggabungkan aplikasi pihak ketiga yang memilih untuk bersepadu pada masa hadapan. Jika anda seorang pembangun dan mahu menyepadukan apl anda dengan Perlindungan Lanjutan, ketahui cara melakukan penyepaduan dengan Mod Perlindungan Lanjutan.
Hidupkan Perlindungan peranti
Penting:- Sebelum anda menghidupkan ciri Perlindungan Lanjutan, kunci skrin diperlukan.
- Apabila anda menghidupkan Perlindungan peranti, anda mungkin perlu mengebut semula peranti anda.
- Buka apl Tetapan peranti anda.
- Untuk membuka halaman Perlindungan Lanjutan:
- Melalui apl Tetapan:
- Ketik Keselamatan & Privasi.
- Dalam bahagian “Tetapan lain”, ketik Perlindungan Lanjutan.
- Melalui tetapan Google:
- Ketik Google
Semua perkhidmatan.
- Dalam bahagian “Keselamatan peribadi dan peranti”, ketik Perlindungan Lanjutan.
- Ketik Google
- Melalui apl Tetapan:
- Dalam bahagian “Perlindungan Lanjutan”, hidupkan Perlindungan peranti.
- Pada gesaan "Sediakan Perlindungan Peranti", anda boleh menghidupkan Pengelogan Pencerobohan atau melangkau langkah ini.
- Jika anda menghidupkan Pengelogan Pencerobohan, anda perlu memilih Google Account untuk menyandarkan log peranti yang disulitkan.
- Pilih Hidupkan.
- Pada sesetengah peranti, anda mungkin digesa untuk “Mulakan semula" atau “Mulakan semula kemudian”, yang menunjukkan bahawa sesetengah ciri memerlukan but semula untuk dihidupkan.
- Jika anda memilih “Mulakan semula kemudian”, anda boleh memulakan semula peranti anda pada halaman “Perlindungan Lanjutan”. Untuk memulakan semula peranti anda, ketik Mulakan semula sekarang.
Untuk mendaftarkan Google Account anda dalam Perlindungan Lanjutan:
- Dalam bahagian “Perlindungan Lanjutan”, ketik Perlindungan akaun.
- Ikut arahan pada skrin.
Petua: Jika anda mematikan kunci skrin selepas menghidupkan Perlindungan Lanjutan, program akan kekal aktif. Sesetengah perlindungan mungkin tidak berfungsi secara optimum dan amaran akan dipaparkan untuk memaklumi anda tentang pengehadan ini.
Matikan Perlindungan peranti
Penting:
- Apabila Perlindungan Lanjutan dimatikan, peranti mungkin perlu dibut semula untuk membalikkan sesetengah tetapan keselamatan. Setelah Perlindungan Lanjutan dimatikan, tetapan yang diliputi akan berbalik kepada keadaan asal dari masa sebelum anda menghidupkan tetapan itu.
- Jika anda mendaftarkan Google Account anda dalam Perlindungan Akaun, sesetengah perlindungan akan terus dihidupkan walaupun selepas anda mematikan Perlindungan peranti. Ketahui cara menyahdaftar daripada Perlindungan Akaun.
- Buka Tetapan peranti anda
.
- Untuk membuka halaman Perlindungan Lanjutan:
- Melalui apl Tetapan:
- Ketik Keselamatan & Privasi.
- Dalam bahagian “Tetapan lain”, ketik Perlindungan Lanjutan.
- Melalui tetapan Google:
- Ketik Google
Semua perkhidmatan.
- Dalam bahagian “Keselamatan peribadi dan peranti”, ketik Perlindungan Lanjutan.
- Ketik Google
- Melalui apl Tetapan:
- Dalam bahagian “Perlindungan Lanjutan”, matikan Perlindungan peranti.
- Sahkan melalui Biometrik atau PIN.
- Jika anda mendaftar dalam Perlindungan akaun, ketik Teruskan sebelum anda membuat pengesahan.
- Pada sesetengah peranti, anda mungkin digesa untuk "Mulakan semula" atau "Mulakan semula kemudian" yang menunjukkan bahawa beberapa ciri perlu dibut semula untuk dimatikan.
Perihal Perlindungan Lanjutan
Semak perlindungan yang ditawarkan oleh Perlindungan Lanjutan.
- Apl:
- Google Play Protect: Perlindungan perisian hasad dan perisian tidak dikehendaki terbina dalam Android, dihidupkan secara lalai untuk semua peranti, menyemak apl dan peranti anda untuk gelagat berbahaya. Apabila Perlindungan Lanjutan dihidupkan, tetapan ini tidak boleh dimatikan. Ketahui cara Google Play Protect membantu anda memastikan apl anda selamat dan data anda sulit.
- Apl Tidak Diketahui: Perlindungan Lanjutan akan menghalang pemasangan apl daripada sumber tidak diketahui dan akan menghalang kemaskinian bagi apl yang pada asalnya dipasang daripada sumber tidak diketahui. Apl daripada sumber tidak diketahui mungkin tidak ditapis dan boleh membawa risiko bahaya yang lebih tinggi.
- Sambungan Pengetagan Memori (MTE): Untuk apl yang disokong, MTE akan membantu anda menghalang apl daripada menjejaskan memori. Ketahui perihal Menghidupkan Sambungan Pengetagan Memori (MTE) dengan lebih lanjut.
- Alatan kebolehaksesan: Mengehadkan perkhidmatan kebolehaksesan kepada alatan kebolehaksesan yang disahkan. Hal ini meminimumkan risiko daripada apl hasad.
- Keselamatan peranti:
- Kunci Pengesanan Kecurian: Peranti anda akan dikunci secara automatik jika peranti mengesan aktiviti mencurigakan yang menandakan kecurian. Ketahui perihal Kunci Pengesanan Kecurian dengan lebih lanjut.
- Kunci Peranti Luar Talian: Peranti anda yang tidak dikunci akan terkunci secara automatik jika peranti tersebut berstatus luar talian untuk tempoh yang lama. Ketahui perihal Kunci Peranti Luar Talian dengan lebih lanjut.
- But Semula Tidak Aktif: Mengebut semula telefon anda secara automatik jika telefon kekal dikunci selama 72 jam. Proses but semula akan menjadikan data pengguna tidak dapat dibaca sehingga buka kunci baharu berlaku.
- Perlindungan USB: Lindungi peranti Android anda dengan Perlindungan USB. Apabila skrin anda dikunci, ciri ini melindungi peranti anda daripada akses yang tidak diizinkan melalui sambungan USB. Ketahui cara melindungi peranti Android anda daripada ancaman USB dengan Mod Perlindungan Lanjutan.
- Kunci Pengesahan Gagal: Selepas percubaan pengesahan gagal berulang kali pada apl dan tetapan anda, peranti anda akan dikunci secara automatik.
- Buka Kunci Jam Tangan: Buka Kunci Jam Tangan dihadkan untuk mengelakkan akses yang tidak diizinkan dengan menghalang telefon anda daripada dibuka kunci secara automatik apabila jam tangan berada berdekatan.
- Mesej:
- Perlindungan Spam & Komplot: Perlindungan Komplot dan Perlindungan Spam Google Messages membantu anda mengenal pasti dan mengelakkan mesej yang tidak dikehendaki serta yang mungkin berbahaya. Ketahui cara Google melindungi privasi anda dengan pengesanan spam.
- Pautan Tidak Selamat: Anda menerima amaran tentang pautan daripada pengguna yang tidak diketahui dalam Google Messages. Ciri ini membantu untuk mengelakkan percubaan pancingan data dan laman web hasad.
- Pengesanan Komplot: Perlindungan Lanjutan memerlukan Pengesanan Komplot dihidupkan untuk membantu anda melindungi anda daripada pancingan data dan mesej berbahaya. Ciri ini memantau pemberitahuan mesej sembang daripada apl yang disokong dan memberi anda amaran tentang kemungkinan komplot. Ketahui perihal Pengesanan Komplot dengan lebih lanjut
- Rangkaian:
- Perlindungan Rangkaian 2G: Untuk peranti yang disokong, Perlindungan Lanjutan menghalang sambungan kepada rangkaian 2G yang kurang selamat. Hal ini mungkin menghalang peranti anda daripada disambungkan kepada rangkaian selular di kawasan yang hanya menyediakan liputan 2G.
- Telefon oleh Google:
- ID Pemanggil & Spam: Kenal pasti nombor spam dalam Telefon oleh Google sebelum anda menjawab telefon.
- Call Screen Automatik: Di rantau yang disokong, pembantu AI menyaring panggilan masuk. Ciri ini menolak spam yang dikenal pasti secara automatik. Ketahui cara menyaring panggilan anda sebelum menjawab panggilan tersebut.
- Siasatan Keselamatan:
- Pengelogan Pencerobohan: Ciri pilihan yang memelihara privasi ini membolehkan siasatan keselamatan yang terperinci dijalankan jika pencerobohan pernah disyaki. Log keselamatan anda disimpan dalam awan dengan penyulitan menyeluruh, yang memberi anda kawalan penuh terhadap maklumat keselamatan anda. Ketahui cara log aktiviti peranti Android anda menggunakan Perlindungan Lanjutan.
- Web:
- Penyemakan Imbas Selamat Android: Perlindungan daripada Ancaman Langsung Penyemakan Imbas Selamat Android menyekat serangan pancingan data daripada laman web hasad yang berkembang pesat.
- Penyemakan Imbas Chrome: Untuk memastikan penyemakan imbas yang lebih selamat, Chrome menguatkuasakan penggunaan HTTPS secara automatik untuk semua sambungan laman web jika boleh.
- Perlindungan JavaScript: Pakar pemanfaatan JavaScript dimatikan dalam Chrome untuk mengurangkan kemungkinan pendedahan keselamatan.
- Chrome WebGPU: Perlindungan Lanjutan mematikan WebGPU dalam Chrome, iaitu teknologi grafik lanjutan. Hal ini membantu untuk melindungi peranti anda daripada ancaman dan risiko keselamatan tertentu.
Temukan Apl yang telah melakukan semakan untuk Perlindungan peranti
Anda boleh mengakses ciri “Apl yang telah melakukan semakan untuk Perlindungan peranti” dalam tetapan Perlindungan Lanjutan hanya pada peranti Android 16 anda.
Ciri ini menyenaraikan aplikasi yang boleh menyemak status Perlindungan peranti.
Untuk menemukan Apl yang telah melakukan semakan untuk Perlindungan peranti:
- Buka apl Tetapan peranti anda.
- Untuk membuka halaman Apl yang telah melakukan semakan untuk Perlindungan peranti:
- Melalui apl Tetapan:
- Ketik Keselamatan & Privasi
Perlindungan Lanjutan.
- Tatal kepada pengaki.
- Ketik Apl yang telah melakukan semakan untuk Perlindungan peranti.
- Ketik Keselamatan & Privasi
- Melalui tetapan Google:
- Ketik Tetapan Google
Semua perkhidmatan
Perlindungan Lanjutan.
- Tatal kepada pengaki.
- Ketik Apl yang telah melakukan semakan untuk Perlindungan peranti.
- Ketik Tetapan Google
- Melalui apl Tetapan: