Anda boleh membeli papan kekunci fizikal yang serasi dengan Android dan menyambungkan papan kekunci tersebut kepada tablet anda. Perkara ini membolehkan anda mengarang dokumen, menulis e-mel dan menavigasi antara muka tablet anda dengan pantas.
Penting: Sesetengah langkah ini hanya berfungsi pada Android 14 atau versi lebih baharu. Ketahui cara mengemaskinikan versi Android anda.
Sambungkan papan kekunci fizikal kepada tablet anda
Untuk menyambungkan papan kekunci Bluetooth kepada tablet anda:
- Cuba papan kekunci dalam mod penggandingan. Untuk mendapatkan bantuan, rujuk arahan pengilang papan kekunci.
- Buka Tetapan
peranti anda.
- Ketik Tetapan
Peranti tersambung
Gandingkan peranti baharu.
- Bersebelahan “Peranti tersedia”, ketik papan kekunci yang mahu anda sambungkan.
Tukar tetapan papan kekunci fizikal anda
- Buka Tetapan
peranti anda.
- Ketik Sistem
Papan kekunci
Papan kekunci fizikal.
- Dalam bahagian “Papan kekunci fizikal:"
- Tukar reka letak papan kekunci fizikal: Pilih papan kekunci fizikal semasa anda
pilih bahasa yang dikehendaki untuk menukar reka letak
pilih reka letak.
- Tukar reka letak papan kekunci fizikal: Pilih papan kekunci fizikal semasa anda
- Dalam bahagian “Pilihan”, tukar tetapan:
- Gunakan papan kekunci pada skrin: Hidupkan papan kekunci ini jika anda mahu mengekalkan papan kekunci maya anda pada skrin tablet semasa papan kekunci fizikal aktif.
- Pintasan papan kekunci: Ketik untuk memaparkan senarai pintasan papan kekunci yang berguna.
- Kunci pengubah suai: Ketik tetapan ini untuk menukar gelagat kekunci papan kekunci fizikal seperti Caps lock, Ctrl dan Alt.
Petua: Tetapan bahasa untuk papan kekunci pada skrin anda digunakan secara automatik pada papan kekunci fizikal anda selepas anda menyambungkan papan kekunci tersebut kepada tablet anda.
Tukar tetapan pad sentuh
Jika papan kekunci fizikal anda mengandungi pad sentuh, anda boleh melaraskan tetapan pad sentuh selepas anda menyambungkan papan kekunci tersebut kepada tablet anda:
- Buka Tetapan
peranti anda.
- Ketik Sistem
Pad sentuh.
- Tukar tetapan:
- Ketik untuk klik: Apabila tetapan ini dihidupkan, anda boleh mengetik pad sentuh anda untuk membuat pilihan, sama seperti klik kiri pada tetikus.
- Penatalan songsang: Hidupkan agar kandungan bergerak ke atas apabila anda menatal ke bawah.
- Ketik bahagian bawah sebelah kanan: Hidupkan untuk mengakses lebih banyak pilihan apabila anda mengetik penjuru bawah sebelah kanan pad sentuh anda.
- Kelajuan penuding: Seret ke kiri dan ke kanan untuk menukar kelajuan.