Apabila anda menyediakan peranti baharu, anda boleh mengalihkan data anda daripada peranti Android lama anda kepada peranti Android baharu anda.
Penting:
- Jika anda memindahkan data daripada peranti Android lama kepada Pixel 8 atau Pixel 8 Pro, lawati Pusat Bantuan Pixel.
- Peranti Samsung menawarkan beberapa pilihan pemindahan data. Ketahui lebih lanjut tentang Samsung Smart Switch.
- Sesetengah langkah ini hanya berfungsi pada Android 10 ke atas. Ketahui cara menyemak versi Android anda.
- Anda memerlukan sambungan internet untuk menyalin data daripada satu peranti kepada peranti yang lain. Kami mengesyorkan anda menyambungkan kedua-dua peranti anda kepada Wi-Fi.
- Anda boleh menggunakan kabel atau pilihan wayarles untuk memindahkan data. Kedua-dua kaedah ini menyokong data yang sama. Jika anda menggunakan kabel, pastikan kabel itu sesuai untuk kedua-dua peranti anda. Jika kabel itu tidak sesuai, anda mungkin perlu membeli penyesuai.
- Anda boleh melakukan pemindahan data sekali sahaja. Kami mengesyorkan anda membuat pemindahan data semasa persediaan kerana pilihan ini mungkin tidak tersedia selepas itu.
- Jika telefon Android anda diurus oleh organisasi seperti perniagaan atau sekolah, anda mungkin tidak boleh memindahkan semua data.
Sebelum anda membuat pemindahan
- Pastikan kedua-dua telefon anda dicas.
- Dapatkan alat kad SIM untuk menukar SIM.
- Luangkan sedikit masa. Pemindahan data mungkin mengambil masa beberapa minit sehingga beberapa jam.
- Semak storan pada kedua-dua peranti lama dan baharu anda. Jika storan pada peranti baharu tidak mencukupi, anda boleh memilih data yang mahu dipindahkan.
- Bagi peranti Samsung, data daripada telefon lama anda boleh disalin dengan cara lain. Ketahui lebih lanjut tentang Samsung Smart Switch.
- Apl dan data apl tertentu
- Muzik
- Foto
- Video
- Kenalan yang disimpan pada telefon atau kad SIM anda
- Mesej teks
- Kebanyakan tetapan telefon (berbeza-beza mengikut telefon dan versi Android)
- Multimedia dalam mesej teks
- Kertas dinding
- Sejarah panggilan
- Muat turun, seperti fail PDF
- Foto, video dan muzik yang disimpan dalam folder tersembunyi
- Apl yang tidak berasal daripada Google Play Store
- Data daripada apl yang tidak menggunakan sandaran Android
- Akaun selain Google Account dan data akaun itu
- Kenalan dan kalendar yang disegerakkan kepada perkhidmatan selain Google
- Nada dering
- Tetapan telefon tertentu (berbeza-beza mengikut telefon dan versi Android)
Langkah 1: Hidupkan peranti Android anda
Hidupkan peranti Android anda dan ketik Mula.
Petua: Anda boleh menukar tetapan bahasa atau penglihatan telefon anda sekarang, jika perlu.
Langkah 2: Sambung kepada Wi-Fi atau rangkaian mudah alih
- Untuk menyambung kepada Wi-Fi, pilih daripada senarai rangkaian yang tersedia apabila digesa.
- Untuk menghidupkan rangkaian data anda, sisipkan kad SIM anda atau muat turun eSIM anda daripada pembawa anda.
Petua:
- Kami mengesyorkan anda melakukan kedua-dua langkah ini. Walau bagaimanapun, hanya satu daripada kedua-dua langkah ini yang diperlukan untuk pemindahan data, selagi anda bersambung kepada Internet.
- Kami mengesyorkan anda menyambungkan kedua-dua telefon kepada rangkaian Internet yang aktif apabila anda menyediakan telefon Android baharu anda.
Langkah 3: Salin apl & data anda
Untuk menyalin apl dan data pada peranti Android baharu anda, ketik Salin.
Dengan kabel (disyorkan)Ikut arahan pada skrin untuk menyambungkan kedua-dua peranti menggunakan kabel.
Penting: Jika anda tiada kabel yang serasi, anda mungkin perlu menggunakan penyesuai atau menggunakan kaedah wayarles.
- Pada peranti lama anda, ketik Salin.
- Untuk pemindahan data yang lebih lengkap, kami mengesyorkan anda log masuk ke Google Account anda.
- Pilih data yang mahu disalin.
- Ketik Salin.
- Apabila data sedang disalin, peranti baharu anda akan memaparkan mesej, “Menyalin data anda…” dan apabila data selesai disalin, peranti lama anda akan memaparkan mesej, “Penyalinan selesai”.
- Bergantung pada jumlah data yang dipindahkan, proses ini mungkin mengambil masa dari beberapa minit sehingga lebih sejam.
Petua:
- Jika anda telah memasang WhatsApp, sembang dan data dipulihkan daripada Awan selepas anda log masuk ke peranti Android baharu anda dan membuka apl.
- Untuk memulihkan sembang dan data WhatsApp, anda perlu menghidupkan sandaran WhatsApp dahulu pada peranti lama anda.
Jika anda tiada kabel atau penyesuai yang serasi, anda masih boleh menyalin apl dan data anda menggunakan sambungan wayarles.
Pada peranti baharu anda
- Apabila diminta untuk mencari kabel, ketik Tiada kabel.
- Apabila skrin menunjukkan “Pemindahan secara wayarles”, ketik Seterusnya.
- Pada peranti lama anda, masukkan PIN anda.
Pada peranti lama anda
- Pada peranti lama anda, buka apl Google
.
- Cari
sediakan peranti saya. - Ketik Seterusnya.
- Apabila skrin menunjukkan, “Bermula”, ketik Seterusnya.
- Pastikan bentuk dan nombor sepadan pada kedua-dua telefon.
- Ketik Seterusnya
Salin.
- Kami mengesyorkan anda log masuk ke Google Account anda.
- Pilih apl dan data yang mahu disalin.
- Tunggu sehingga data selesai disalin dan anda menerima mesej yang menyatakan bahawa penyalinan selesai.
Petua:
- Jika anda telah memasang WhatsApp, sembang dan data dipulihkan daripada Awan selepas anda log masuk ke peranti Android baharu anda dan membuka apl.
- Untuk memulihkan sembang dan data WhatsApp, anda perlu menghidupkan sandaran WhatsApp dahulu pada peranti lama anda.
Jika peranti lama anda tidak tersedia, anda boleh memulihkan data daripada sandaran terdahulu bagi peranti lama anda yang disimpan dalam Google Account anda. Ketahui cara membuat sandaran atau memulihkan data pada peranti Android anda.
- Apabila diminta untuk menyalin apl dan data, ketik Seterusnya.
- Apabila diminta untuk menyambungkan kabel USB, pada bahagian bawah sebelah kiri, ketik Kabel tidak sesuai atau Tiada penyesuai?.
- Jika anda mempunyai sandaran daripada beberapa peranti, anda mungkin diminta untuk memilih versi sandaran yang anda mahukan.
- Untuk mengesahkan pilihan anda, anda mungkin diminta untuk memasukkan PIN bagi peranti lama anda.
- Pilih jenis data yang mahu anda pulihkan daripada sandaran Awan anda.
- Ketik Pulihkan.
Petua: Untuk menemukan sandaran yang tersedia untuk dipulihkan, anda perlu menghidupkan sandaran pada peranti lama anda.