Dengan Pemilih Foto, anda boleh memilih mana-mana foto dan video untuk dikongsi dengan apl.
Penting:
- Sesetengah langkah ini hanya berfungsi pada Android 13 dan versi yang lebih baharu. Ketahui cara menyemak versi Android anda.
Pilih foto
Apl akan memaparkan foto sama ada dalam mod pilihan tunggal atau mod berbilang pilihan.
Mod pilihan tunggal
- Buka apl yang akan menerima perkongsian foto atau video.
- Melalui paparan foto, pilih foto atau video yang mahu disertakan.
Petua: Untuk pratonton foto atau video yang anda pilih dalam mod skrin penuh, tekan dan tahan lakaran kecil.
Mod berbilang pilihan
- Buka apl yang akan menerima perkongsian foto atau video.
- Pilih berbilang foto atau video.
- Ketik Lihat yang dipilih untuk memaparkan fail pilihan anda dalam pratonton skrin penuh.
- Untuk memaparkan fail yang dipilih, leret ke kanan pada fail tersebut dengan cepat.
- Pilih atau nyahpilih foto atau video yang dimahukan.
- Ketik Tambah.
Petua: Untuk pratonton foto atau video pilihan anda dalam mod skrin penuh, anda boleh menekan dan menahan lakaran kecil atau mengetik Lihat yang dipilih . Leret ke kanan dan ke kiri untuk melihat gambar dan video yang dipilih. Jika anda tidak mahu menyertakan foto atau video lagi, ketik Nyahpilih.
Penting: Anda boleh memilih maksimum 100 foto atau video atau kurang daripada jumlah tersebut berdasarkan konfigurasi apl.
Pilih untuk berkongsi dengan profil peribadi & kerja
Anda boleh memilih untuk memaparkan foto dan video anda pada apl berbeza untuk profil kerja dan peribadi.
Penting: Jika profil kerja anda dilumpuhkan, anda tidak boleh memilih profil tersebut.
Beralih daripada mod peribadi kepada mod kerja
- Buka Pemilih Foto.
- Ketik Beralih kepada kerja
.
Penting: Jika profil kerja anda tidak didayakan:
- Keluar daripada pemilih dan akses menu laman utama.
- Ketik Hidupkan apl kerja
Beralih kepada kerja
.
Beralih daripada mod kerja kepada peribadi
- Buka Pemilih Foto.
- Ketik Beralih kepada peribadi
.
Semak imbas
Anda boleh mengakses kandungan daripada penyedia lain dengan ciri semak imbas.
Penting: Apl hanya boleh mengakses media yang anda pilih.
- Buka Pemilih Foto.
- Pilih Semak imbas
fail media yang mahu anda akses.
Petua: Sesetengah apl tidak membenarkan anda untuk menyemak imbas fail.