Anda boleh memindahkan dan mengawal muzik atau video pada semua peranti tersambung. Pada peranti Android anda, pengawal media akan dibuka pada skrin kunci dan bidai pemberitahuan apabila terdapat sesi media yang aktif. Untuk mengakses penukar output, ketik penukar output.
Penukar output membolehkan anda menghantar media pada telefon anda kepada peranti cast yang lain termasuk:
- Peranti Bluetooth
- Pembesar suara Cast
- Paparan pintar (cth Nest Hub, Nest Hub Max, Nest Hub generasi ke-2)
- Peranti Chromecast dan Google TV
- Peranti Spotify Connect
Sebelum anda menghantar
Sambungkan telefon atau tablet anda kepada rangkaian Wi-Fi. Rangkaian Wi-Fi tersebut mestilah sama dengan rangkaian Wi-Fi peranti cast anda.
Cara menghantar audio atau video
Untuk memindahkan muzik atau video daripada telefon atau tablet anda kepada pembesar suara atau paparan:
- Mainkan kandungan yang anda mahu pada apl pilihan anda.
- Pastikan telefon atau tablet yang anda gunakan untuk penghantaran menggunakan rangkaian Wi-Fi yang sama dengan pembesar suara atau paparan anda.
- Daripada skrin kunci atau bidai pemberitahuan pada telefon atau tablet anda, di bahagian atas sebelah kanan pengawal media, ketik penukar output
.
- Pada penukar output
, pilih peranti yang anda mahu daripada senarai peranti cast.
- Selepas anda memilih peranti cast anda, media tersebut akan mula bermain pada peranti cast anda.
Petua: Anda boleh menukar kelantangan pada pembesar suara atau peranti paparan yang menerima hantaran anda.
Kembalikan main balik kepada telefon anda
- Di bahagian atas sebelah kanan pengawal media, ketik penukar output
.
- Pilih Telefon ini pada penukar output
untuk mengembalikan main balik kepada telefon anda.
Buka Spotify daripada pemain media Android
Untuk membuka Spotify:
- Daripada halaman utama pemain media Android: Pada bahagian atas sebelah kanan, ketik ikon peranti.
- Daripada sesi jam: Ketik Orang
.
- Daripada sesi penghantaran: Ketik Isyarat audio
.
Petua: Jika anda menerima mesej ralat, untuk mengetahui lebih lanjut, ketik Bantuan .
Dapatkan bantuan berkaitan dengan peranti cast
Anda boleh mendapatkan bantuan berkaitan dengan peranti cast anda dan soalan popular lain.
Tiada peranti cast dipaparkan dalam pengawal media
Tiada peranti cast disenaraikan kerana:
- Peranti Android anda tidak menggunakan rangkaian Wi-Fi yang sama dengan peranti cast anda.
- Apl anda mestilah melengkapkan kemaskinian terlebih dahulu.
- Peranti yang akan menerima pindahan anda bukan peranti cast.
Peranti cast disenaraikan untuk sesetengah apl & bukan apl lain
Apl anda belum menyokong ciri ini atau mungkin tidak terkini.
Peranti yang lain tersedia untuk pemindahan dalam apl
Peranti ini mungkin bukan peranti cast. Terdapat jenis peranti lain dengan apl tertentu yang membolehkan anda memindahkan media kepada bukan peranti cast.
Pengawal media tidak tersedia atau 'dikelabukan'
Peranti yang menerima pemindahan media anda mungkin bukan peranti cast. Jika anda memindahkan media kepada peranti yang tidak disokong daripada apl anda, anda tidak boleh menggunakan penukar output untuk memindahkan media tersebut.