Kemaskinian pada penjedaan akaun untuk pengesahan identiti pengiklan (September 2020)

 

Pada bulan September 2020, kami akan mengemas kini dasar Pengesahan identiti pengiklan dengan keperluan tambahan untuk pengiklan tertentu bagi memastikan pengguna kami memahami pihak yang menyediakan perkhidmatan atau produk yang diiklankan di Google Ads.

Kami mungkin menjeda akaun pengiklan dengan serta-merta dan memerlukan mereka melengkapkan Pengesahan identiti pengiklan, jika kami mengesyaki mereka melanggar dasar Google Ads tertentu, termasuk Salah nyataan atau Perniagaan yang tidak dikenal pasti. Akaun akan terus dijeda sehingga program pengesahan dilengkapkan. Setelah dilengkapkan, mana-mana iklan yang mematuhi dasar akan dapat disiarkan.

 

(Disiarkan pada bulan Julai 2020)

Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?