Kemas kini pada dasar keperluan undang-undang tempatan di Jepun (July 2020)

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

 

Pada 1 Julai 2020, Google akan mengemas kini dasarnya untuk iklan perkhidmatan dating dalam talian di Jepun. Selepas perubahan ini, pengiklan yang menawarkan perkhidmatan dating dalam talian yang menyasarkan Jepun akan dikehendaki memperoleh pensijilan oleh Google sebelum mereka boleh mengiklan menerusi Google Ads.

Untuk diperakui oleh Google, pengiklan perlu:

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Keselamatan Awam Nasional (国家公安委員会)
  • Memerlukan semakan pengesahan umur terhadap pengguna perkhidmatan tersebut 

    menggunakan dokumen pengenalan seperti lesen memandu

  • Memastikan mereka tidak memudahkan dating dan/atau seks berbayar serta melarang kegiatan ini dalam syarat penggunaan atau garis panduan komuniti mereka

Pengiklan boleh memohon pensijilan daripada Google mulai 1 Julai 2020 apabila borang permohonan diterbitkan. Dasar ini akan digunakan di seluruh dunia pada semua akaun yang mengiklankan produk dan perkhidmatan ini yang menyasarkan Jepun. Halaman dasar keperluan undang-undang akan dikemas kini apabila dasar tersebut berkuat kuasa. 

 

(Disiarkan pada bulan Jun 2020)

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10575368334662108600
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false