Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.
Pada bulan April 2020, Google telah mengemas kini maklumat khusus negara AS dan Kanada untuk dasar Penjagaan kesihatan dan ubat bagi membenarkan penyedia teleperubatan yang disijilkan untuk mempromosikan perkhidmatan farmasi dalam talian. Oleh yang demikian, penyedia teleperubatan LegitScript yang disijilkan boleh memohon untuk pengiklanan berkaitan penjagaan kesihatan berkuat kuasa serta-merta.
Amerika Syarikat
Produk | Dibenarkan? |
Farmasi dalam talian |
Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan farmasi dalam talian jika farmasi tersebut ditauliahkan oleh salah sebuah organisasi yang disenaraikan di bawah: Program Pensijilan dan Pemantauan Pedagang Penjagaan Kesihatan LegitScript
Lembaga Persatuan Farmasi Kebangsaan (NABP)
Ketahui lebih lanjut atau mohon untuk pensijilan LegitScript atau pentauliahan NABP. Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon. |
Perkhidmatan ketagihan |
Dibenarkan dengan pengehadan Untuk mengiklankan perkhidmatan ketagihan dadah dan alkohol berorientasikan pemulihan, anda hendaklah diperakui sebagai penyedia perkhidmatan ketagihan oleh program Pengesahan LegitScript. Perihal Pensijilan LegitScript: Tidak semua perkhidmatan ketagihan dadah dan alkohol layak mendapatkan Perakuan LegitScript. Penyedia yang tidak layak untuk mendapatkan pensijilan, tidak dibenarkan mengiklankan perkhidmatan ketagihan dadah dan alkohol di Google. LegitScript mengenakan bayaran untuk pemprosesan dan pemantauan pemohon, tetapi penepian yuran mungkin tersedia dalam keadaan tertentu. Ketahui lebih lanjut atau memohon untuk memperoleh Pensijilan LegitScript. Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon. |
Kanada
Produk | Dibenarkan? |
Farmasi dalam talian |
Dibenarkan dengan pengehadan Google membenarkan farmasi dalam talian jika farmasi tersebut ditauliahkan oleh salah sebuah organisasi yang disenaraikan di bawah: Program Pensijilan dan Pemantauan Pedagang Penjagaan Kesihatan LegitScript
Lembaga Persatuan Farmasi Kebangsaan (NABP) Ketahui lebih lanjut atau mohon untuk pensijilan LegitScript atau pentauliahan NABP. Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon. |
(Disiarkan pada bulan April 2020)