Kemas kini kepada dasar Penjagaan kesihatan dan ubat (April 2020)

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Pada bulan April 2020, Google telah mengemas kini maklumat khusus negara AS dan Kanada untuk dasar Penjagaan kesihatan dan ubat bagi membenarkan penyedia teleperubatan yang disijilkan untuk mempromosikan perkhidmatan farmasi dalam talian. Oleh yang demikian, penyedia teleperubatan LegitScript yang disijilkan boleh memohon untuk pengiklanan berkaitan penjagaan kesihatan berkuat kuasa serta-merta. 

Amerika Syarikat

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan farmasi dalam talian jika farmasi tersebut ditauliahkan oleh salah sebuah organisasi yang disenaraikan di bawah:

Program Pensijilan dan Pemantauan Pedagang Penjagaan Kesihatan LegitScript

  • Pensijilan farmasi Internet — Tersedia untuk tapak web yang menerima pengisian semula, pemindahan atau preskripsi baharu; atau farmasi yang diisi melalui pesanan pos atau beberapa bentuk perkhidmatan pesanan jauh yang lain.
  • Pensijilan teleperubatan — Tersedia untuk tapak web yang menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan maya dan memudahkan preskripsi ubat.

Lembaga Persatuan Farmasi Kebangsaan (NABP)

  • VIPPS — Tersedia untuk farmasi yang mempunyai fungsi dalam talian penuh, termasuk penjualan (atau pemudahan penjualan) ubat preskripsi atau penerimaan pesanan ubat preskripsi baharu melalui tapak web mereka.
  • Program Tapak Web Disahkan .pharmacy — Tapak web yang menggunakan domain tahap atas ".pharmacy" tersedia untuk farmasi yang mempunyai fungsi dalam talian penuh atau terhad, termasuk penjualan (atau pemudahan penjualan) ubat atau perkhidmatan preskripsi, penerimaan pesanan ubat preskripsi baharu melalui tapak web mereka dan pengisian semula atau pemindahan preskripsi.

Ketahui lebih lanjut atau mohon untuk pensijilan LegitScript atau pentauliahan NABP

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Perkhidmatan ketagihan

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Untuk mengiklankan perkhidmatan ketagihan dadah dan alkohol berorientasikan pemulihan, anda hendaklah diperakui sebagai penyedia perkhidmatan ketagihan oleh program Pengesahan LegitScript.

Perihal Pensijilan LegitScript: Tidak semua perkhidmatan ketagihan dadah dan alkohol layak mendapatkan Perakuan LegitScript. Penyedia yang tidak layak untuk mendapatkan pensijilan, tidak dibenarkan mengiklankan perkhidmatan ketagihan dadah dan alkohol di Google. LegitScript mengenakan bayaran untuk pemprosesan dan pemantauan pemohon, tetapi penepian yuran mungkin tersedia dalam keadaan tertentu. Ketahui lebih lanjut atau memohon untuk memperoleh Pensijilan LegitScript

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

Kanada

Produk Dibenarkan?
Farmasi dalam talian

Green checkmark, allowed Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan farmasi dalam talian jika farmasi tersebut ditauliahkan oleh salah sebuah organisasi yang disenaraikan di bawah:

Program Pensijilan dan Pemantauan Pedagang Penjagaan Kesihatan LegitScript

  • Pensijilan farmasi Internet — Tersedia untuk tapak web yang menerima pengisian semula, pemindahan atau preskripsi baharu; atau farmasi yang diisi melalui pesanan pos atau beberapa bentuk perkhidmatan pesanan jauh yang lain.
  • Pensijilan teleperubatan — Tersedia untuk tapak web yang menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan maya dan memudahkan preskripsi ubat.

Lembaga Persatuan Farmasi Kebangsaan (NABP)

  • VIPPS — Tersedia untuk farmasi yang mempunyai fungsi dalam talian penuh, termasuk penjualan (atau pemudahan penjualan) ubat preskripsi atau penerimaan pesanan ubat preskripsi baharu melalui tapak web mereka.
  • Program Tapak Web Disahkan .pharmacy — Tapak web yang menggunakan domain tahap atas ".pharmacy" tersedia untuk farmasi yang mempunyai fungsi dalam talian penuh atau terhad, termasuk penjualan (atau pemudahan penjualan) ubat atau perkhidmatan preskripsi, penerimaan pesanan ubat preskripsi baharu melalui tapak web mereka dan pengisian semula atau pemindahan preskripsi.
Ketahui lebih lanjut atau mohon untuk pensijilan LegitScript atau pentauliahan NABP

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. Lihat cara memohon.

(Disiarkan pada bulan April 2020) 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14250410318031254175
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false