Dasar pengesahan identiti pengiklan baharu (April 2020)

 

Pada bulan April 2020, Google akan memperkenalkan Program pengesahan identiti pengiklan baharu. Sebagai sebahagian daripada pelancaran berfasa, pengiklan tertentu perlu menyerahkan nama perniagaan sah atau nama individu mereka bersama-sama dokumentasi sokongan untuk pengesahan. 

Google akan menjana pendedahan iklan baharu yang akan memaparkan nama dan negara pengiklan.

Pengiklan yang dikehendaki melengkapkan pengesahan identiti pengiklan akan dimaklumkan dan diberikan masa selama 30 hari untuk menyerahkan borang pengesahan.

Kegagalan melengkapkan program pengesahan dengan sepenuhnya dalam tempoh masa yang dinyatakan mungkin menyebabkan pengehadan penyiaran iklan pengiklan.

 

(Disiarkan pada bulan April 2020)

Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?