Kemaskinian kepada dasar Menggalakkan Gelagat Tidak Jujur (Ogos 2020)

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

 

Pada bulan Ogos 2020, dasar Menggalakkan Gelagat Tidak Jujur Google Ads akan dikemas kini untuk menjelaskan tentang pengehadan terhadap pengiklanan pengintip dan teknologi pengawasan. Dasar yang dikemas kini tersebut akan melarang promosi produk atau perkhidmatan yang dipasarkan atau disasarkan dengan tujuan utama menjejak atau memantau individu lain atau aktiviti mereka tanpa keizinan mereka. Dasar ini akan digunakan di seluruh dunia dan kami akan mula mengkuatkuasakan kemaskinian dasar ini pada 11 Ogos 2020.

Contoh produk dan perkhidmatan yang akan dilarang (tidak menyeluruh)

Perisian pengintip dan teknologi yang digunakan untuk pengawasan pasangan intim termasuk tetapi tidak terhad kepada perisian pengintip/perisian hasad yang boleh digunakan untuk memantau mesej teks, panggilan telefon atau sejarah penyemakan imbas; penjejak GPS yang dipasarkan khusus untuk mengintip atau menjejak seseorang tanpa persetujuan mereka; promosi peralatan pengawasan (kamera, perakam audio, kamera papan pemuka, kamera pengasuh anak) yang dipasarkan dengan tujuan utama untuk pengintipan.

Ini tidak termasuk (a) perkhidmatan siasatan peribadi atau (b) produk atau perkhidmatan yang direka bentuk untuk membolehkan ibu bapa menjejak atau memantau anak bawah umur mereka.

Pelanggaran dasar ini tidak akan membawa kepada penggantungan akaun serta merta tanpa amaran awal. Amaran akan dikeluarkan, sekurang-kurangnya 7 hari, sebelum apa-apa penggantungan akaun anda.

Sila semak kemaskinian dasar ini untuk menentukan sama ada mana-mana iklan anda dirangkumi skop dasar tersebut dan jika ya, alih keluar iklan tersebut sebelum 11 Ogos 2020.

(Disiarkan pada bulan Julai 2020)

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
349226099690160161
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false