Kemas kini pada dasar Iklan panggilan sahaja (November 2018)

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Pada bulan Disember, Google akan mengemas kini halaman dasar Iklan panggilan sahaja dengan perubahan berikut: 

  • Penyedia perkhidmatan kini dikehendaki menggunakan nama perniagaan sebenar mereka dalam iklan panggilan sahaja. Penyedia perkhidmatan tidak boleh lagi mengiklankan melalui nama perniagaan yang tidak mewakili perniagaan khusus mereka atau dengan jelas tidak menyatakan perbezaan daripada perniagaan yang serupa. Sebagai contoh, nama perniagaan atau lokasi generik seperti "Tukang Paip Petaling Jaya" atau "Teksi PJ" tidak akan diterima dalam Iklan panggilan sahaja untuk penyedia perkhidmatan yang sebenarnya menggunakan nama perniagaan yang berbeza.
  • Apabila menjawab panggilan daripada pengguna yang telah mengklik pada iklan panggilan sahaja mereka, pengiklan hendaklah memulakan panggilan dengan menyatakan nama perniagaan mereka, seperti yang dipaparkan dalam iklan panggilan sahaja mereka.

(Disiarkan pada bulan November 2018)

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
7058823768550224159
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false