Kemas kini pada Dasar Padanan Pelanggan (Oktober 2018)

Mulai 22 Oktober, dasar Google Ads kami akan dikemas kini dengan keperluan tambahan untuk pengiklan yang menggunakan Padanan Pelanggan bagi menunjukkan sejarah akaun Google Ads yang cukup kukuh. Akaun pengiklan hendaklah mempunyai:

  • Sejarah pematuhan dasar yang baik
  • Sejarah pembayaran yang baik
  • Sekurang-kurangnya 90 hari sejarah dalam Google Ads
  • Perbelanjaan sepanjang hayat yang melebihi USD $50,000 

Pengiklan yang kini menggunakan Padanan Pelanggan boleh menghubungi pengurus akaun mereka atau Sokongan Google untuk menyemak sama ada mereka memenuhi keperluan sejarah akaun dan boleh terus menggunakan Padanan Pelanggan. 

Mulai 22 Oktober, pengiklan yang tidak memenuhi syarat baharu tidak akan dapat menggunakan Padanan Pelanggan lagi. Pada masa ini, kempen yang menggunakan Padanan Pelanggan mungkin berhenti berjalan untuk pengiklan ini.

Selepas 22 Oktober, pengiklan yang ingin mula menggunakan Padanan Pelanggan perlu menghubungi pengurus akaun mereka yang ditetapkan untuk menentukan sama ada mereka layak mendayakan Padanan Pelanggan bagi akaun mereka. Pengiklan yang tidak pernah menggunakan Padanan Pelanggan dan tidak mempunyai pengurus akaun yang ditetapkan adalah tidak layak untuk menggunakan Padanan Pelanggan. Pada masa akan datang, kami akan menawarkan proses permohonan untuk pengiklan yang memenuhi keperluan akaun dan ingin meminta akses kepada Padanan Pelanggan. Pengumuman akan dibuat apabila proses permohonan tersebut tersedia. 


Dasar ini akan digunakan di seluruh dunia kepada semua pengiklan yang menggunakan Padanan Pelanggan. Halaman Dasar Padanan Pelanggan akan dikemas kini sebaik sahaja keperluan ini berkuat kuasa. 

(Disiarkan pada bulan Oktober 2018)

Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?