Perihal pensijilan produk kewangan terhad

Pengiklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif yang kompleks (Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing, pertaruhan sebaran kewangan dan produk yang serupa) atau bursa mata wang kripto dibenarkan untuk mengiklankan melalui Google Ads, tetapi mereka hendaklah diperakui oleh Google. Selain itu, produk, halaman pendaratan dan iklan mereka hendaklah memenuhi semua keperluan undang-undang tempatan di negara yang ingin mereka dapatkan pensijilan.

Pensijilan ini diperlukan untuk semua format dan sambungan iklan.

Mohon pensijilan untuk produk kewangan terhad di sini.

Keperluan untuk pensijilan

Dilesenkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan

Untuk diperakui, pengiklan perlu memenuhi keperluan pelesenan tempatan. Lihat di bawah untuk mendapatkan keperluan pelesenan di semua negara yang pensijilan tersedia pada masa ini.

Asia Pasifik

 

Australia

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Australia, selagi pengiklan telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia. Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. 

 

 

Hong Kong

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing, pertaruhan sebaran kewangan Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Hong Kong, selagi pengiklan telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong. Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. 

 

 

 

Indonesia

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing, pertaruhan sebaran kewangan Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Indonesia, selagi pengiklan dilesenkan dengan sewajarnya oleh Indonesia Commodity & Derivatives Exchange (ICDX) atau Jakarta Futures Exchange (JFX). Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

 

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

 

Jepun

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Jepun, selagi pengiklan telah dilesenkan oleh Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun dan, untuk niaga hadapan dengan aset dasar berbentuk komoditi, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri. Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. 

Bursa Mata Wang Kripto Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan bursa mata wang kripto yang menyasarkan Jepun, selagi pengiklan telah dilesenkan oleh Agensi Perkhidmatan Kewangan Jepun dan tidak dikenakan apa-apa perintah penggantungan atau larangan perdagangan. Apa-apa keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipatuhi.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

 

Malaysia

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Malaysia, selagi pengiklan dilesenkan dengan sewajarnya oleh Bank Pusat Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

 

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

 

New Zealand

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing, pertaruhan sebaran kewangan Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan New Zealand, selagi pengiklan dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Pasaran Kewangan New Zealand. Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. 

 

Singapura

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing, pertaruhan sebaran kewangan Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Singapura, selagi pengiklan telah dilesenkan oleh Penguasa Kewangan Singapura dan, untuk produk dengan aset dasar adalah berbentuk komoditi, Perusahaan Antarabangsa Singapura. Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. 

 

Taiwan

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing, pertaruhan sebaran kewangan Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Taiwan, selagi pengiklan telah dilesenkan oleh Biro Sekuriti dan Niaga Hadapan Suruhanjaya Penyeliaan Kewangan Taiwan. Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. 

Eropah, Afrika dan Timur Tengah

 

Austria, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxemburg, Malta, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol dan Sweden.

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing, pertaruhan sebaran kewangan Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Austria, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxemburg, Malta, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol atau Sweden, selagi penyedia produk ini dilesenkan di Kawasan Ekonomi Eropah oleh pihak berkuasa nasional yang berwibawa. Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. 

 

Israel

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing, pertaruhan sebaran kewangan Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Israel, selagi pengiklan dilesenkan dengan sewajarnya oleh Pihak Berkuasa Sekuriti Israel. Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

 

Rusia 

Produk Dibenarkan? Butiran
Pasaran seketika pertukaran asing Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Rusia, selagi penyedia produk ini dilesenkan oleh Bank Pusat Rusia. Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. 

 

Afrika Selatan 

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing, pertaruhan sebaran kewangan Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Afrika Selatan, selagi penyedia produk ini dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tatakelakuan Sektor Kewangan (FSCA) di Afrika Selatan. Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

 

Switzerland

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing, pertaruhan sebaran kewangan Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Switzerland, selagi penyedia produk ini dilesenkan oleh FINMA di Switzerland. Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. 

 

Turki

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Turki, selagi penyedia produk ini dilesenkan oleh Lembaga Pasaran Modal Turki. Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. 

 

Emiriah Arab Bersatu

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Emiriah Arab Bersatu, selagi penyedia produk ini dilesenkan oleh pihak berkuasa berikut; Bank Pusat Emiriah Arab Bersatu, Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Dubai (DFSA), Pihak Berkuasa Kawal Selia Perkhidmatan Kewangan (FSRA) bagi Pasaran Global Abu Dhabi (ADGM). Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

 

United Kingdom

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing, pertaruhan sebaran kewangan Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks dan pengagregat CFD, pasaran seketika pertukaran asing dan/atau pertaruhan sebaran kewangan apabila menyasarkan United Kingdom, selagi penyedia produk ini dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tatakelakuan Kewangan. Keperluan undang-undang yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

Amerika Utara dan Selatan

 

Brazil

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing, pertaruhan sebaran kewangan Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Brazil, selagi pengiklan telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Brazil (CVM). Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

 

Kanada

Produk Dibenarkan? Butiran
Kontrak untuk Perbezaan, pasaran seketika pertukaran asing Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Kanada, selagi penyedia produk ini dilesenkan oleh Majlis Sekuriti Ontario (OSC). Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. 

 

Amerika Syarikat

Produk Dibenarkan? Butiran
Pasaran seketika pertukaran asing Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan produk kewangan spekulatif kompleks yang menyasarkan Amerika Syarikat, selagi penyedia produk ini dilesenkan oleh Persatuan Niaga Hadapan Nasional (NFA). Keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipenuhi, termasuk had keumpilan dan amaran risiko.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google. 

Bursa Mata Wang Kripto Dibenarkan dengan pengehadan

Google membenarkan iklan yang mempromosikan bursa mata wang kripto yang menyasarkan Amerika Syarikat, selagi pengiklan didaftarkan dengan FinCEN sebagai Perniagaan Perkhidmatan Wang atau dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa sebagai broker-penjual, bursa atau sistem perdagangan alternatif. Apa-apa keperluan undang-undang tempatan yang lain juga hendaklah dipatuhi, sama ada di peringkat negeri atau persekutuan.

Pengiklan juga hendaklah diperakui oleh Google.

 

Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?