Kempen paparan pintar membolehkan pengiklan mengautomatikkan sebahagian besar proses pembuatan dan pengurusan bagi iklan peraga. Kempen paparan pintar tertakluk pada dasar Google Ads standard.
Dasar yang berkaitan dan penolakan yang biasa berlaku
Dasar Google Ads berikut sangat berkaitan dengan Kempen paparan pintar dan sering dikaitkan dengan penolakan. Ketahui tentang perkara yang berlaku jika anda melanggar dasar kami.
Kualiti imej
Semua imej yang digunakan dalam pengiklanan hendaklah memenuhi standard kualiti tertentu. Reka letak imej mesti mematuhi standard Google Ads dan imej tersebut tidak boleh kelihatan kabur. Lihat Dasar kualiti imej untuk mendapatkan maklumat lanjut.Perkaitan tidak jelas
Semua maklumat hendaklah berkaitan dengan kandungan yang anda iklankan. Misalnya, semua medan kreatif iklan yang diserahkan harus mewakili pengiklan yang sama dan berkaitan dengan produk yang dipromosikan. Lihat dasar tentang Perkaitan tidak jelas untuk mendapatkan maklumat lanjut.Kandungan mengelirukan
Semua maklumat hendaklah tepat dan menerangkan perkara yang anda iklankan. Lihat Dasar kandungan mengelirukan untuk mendapatkan maklumat lanjut.Kandungan dewasa
Bagi memastikan iklan yang disiarkan adalah berkaitan dan selamat untuk pengguna, Google mengehadkan kandungan dewasa dalam keadaan yang tertentu. Lihat Dasar kandungan dewasa untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kempen paparan pintar tidak boleh mengandungi apa-apa kandungan berorientasikan dewasa.Tanda dagangan
Google boleh mengalih keluar iklan atau sambungan disebabkan oleh aduan pemilik tanda dagangan. Pengiklan bertanggungjawab ke atas penggunaan tanda dagangan yang betul dalam teks iklan, aset dan maklumat perniagaan mereka. Lihat dasar Tanda Dagangan untuk mendapatkan maklumat lanjut.