Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.
Dasar penjagaan kesihatan Google Ads akan berubah pada bulan Mei 2017 untuk membenarkan iklan bagi farmasi dalam talian di Slovakia, Republik Czech dan Portugal, selagi iklan tersebut mematuhi undang-undang tempatan. Dasar ini juga akan berubah untuk membenarkan pengeluar farmaseutikal mengiklankan ubat tanpa preskripsi di Slovakia dan Republik Czech, selaras dengan undang-undang tempatan. Selepas dasar baharu berkuat kuasa, perihalan dasar akan dikemas kini untuk mencerminkan perubahan ini.
(Disiarkan pada bulan Mei 2017)