Tanda baca dan simbol dalam coretan berstruktur
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Tanda baca dan simbol dalam teks coretan yang tidak mempunyai tujuan khusus selain menarik perhatian kepada iklan
Contoh: Tanda seru, tanda baca pada permulaan teks, penambahan simbol ►, emosikon
Ulangan coretan berstruktur
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Nilai teks coretan yang berulang dalam pengepala yang sama atau merentas pengepala yang berbeza
Berbilang item dalam nilai
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Memasukkan lebih daripada satu item dalam setiap nilai
Contoh: Penambahan senarai dipisahkan koma dalam satu medan nilai, meletakan dua item berkaitan dalam satu medan nilai
Nota: Tambahkan medan nilai baharu bagi setiap item yang ingin dimasukkan dalam sambungan. Google Ads akan mengasingkan item tersebut dengan koma secara automatik.
Teks promosi dalam nilai
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Teks promosi dalam nilai coretan
Contoh: “Jualan murah” atau “Penghantaran percuma”
Kemudahan dalam coretan berstruktur
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Contoh
Nilai yang tidak menyenaraikan ciri atau kemudahan berguna bangunan atau tempat
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Kemudahan: Tempat Simpanan Ski, Kolam Renang, Restoran
Kemudahan: Wi-Fi, Sarapan, Kolam Renang, Gim, SpaKemudahan: Dinilai sebagai paling selesa, Kepuasan dijamin 100%
Jenama dalam coretan berstruktur
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Nilai yang bukan merupakan jenama sebenar yang ditawarkan oleh pengiklan
Contoh
Perihalan tentang bilangan jenama yang ditawarkan oleh pengiklan
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Jenama: Nest, Nexus, Chromebook Jenama: Lebih 200 nama Jenama, Penjimatan pada nama Jenama
Jenama: Nest murah, Telefon Nexus baharu, Chromecast eksklusif
Kursus dalam coretan berstruktur
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Contoh
Nilai yang tidak menyenaraikan kelas tertentu yang ditawarkan oleh penyedia pendidikan atau yang mempromosikan keseluruhan program ijazah
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Kursus: Algebra Linear, Penulisan Kreatif, Struktur Data Kursus: MBA, M.Ed, BS
Program ijazah dalam coretan berstruktur
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Nilai yang bukan merupakan kursus pembelajaran di institusi pendidikan dalam talian atau tradisional
Contoh
Tempoh kursus atau maklumat tambahan yang lain tentang kursus
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Program ijazah: Perakaunan, Biologi, Psikologi Program ijazah: 2 tahun, 4 tahun, sarjana, bersekutu
Destinasi dalam coretan berstruktur
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Contoh
Nilai yang bukan nama bandar, negeri, negara, benua, tempat tarikan, tempat kebudayaan dan warisan, atau tarikan pelancong
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Destinasi: Las Vegas, New York, Tokyo, Rome, Cancun, Paris Destinasi: Hotel di 200 bandar, Kunjungi Paris Destinasi: Taj Mahal, Red Fort, Qutb Minar Destinasi: Pakej pelancongan Taj Mahal, Lawati New Delhi
Hotel ditampilkan dalam coretan berstruktur
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Contoh
Nilai yang bukan merupakan nama hotel yang ditawarkan perkhidmatan tempahan oleh pengiklan
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Hotel ditampilkan: Rumah Penginapan Luxury, Rumah Persinggahan Alpine, Hotel Lakeside Hotel ditampilkan: Potongan 10% bagi Rumah Persinggahan Alpine, Kadar terendah di Hotel Lakeside
Liputan insurans dalam coretan berstruktur
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Contoh
Nilai yang bukan merupakan jenis liputan insurans tertentu
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Liputan: Liabiliti, Perlanggaran, Menyeluruh
Liputan: Hayat sementara, hayat seumur hidup, hayat universalLiputan: Sebut harga untuk semua liputan, Berjimat sekarang
Model dalam coretan berstruktur
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Nilai yang bukan model tertentu sesuatu produk atau julat model
Nama pengeluar, kedai atau pengedar
Contoh
Tahun model, spesifikasi, harga, keadaan atau perihalan lain
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Model: Corolla, Camry, Prius
Model: Corolla L, Corolla LE, Corolla Premium, Corolla LE PlusModel: Model 2016 yang terdapat dalam stok, Tawaran untuk model 2015
Model: Toyota, Honda, Ford, Chevy
Model:Corolla 2014, Camry 2016, Avalon 2014Model: Nexus 5x, Nexus 6P, Pixel, Pixel XL Model: Tawaran hebat untuk Pixel, Beli Pixel Sekarang
Model: Pixel dengan paparan 5.0 inci, 143 gram, 32 atau 128 GB
Kejiranan dalam coretan berstruktur
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Nilai yang bukan merupakan subkawasan atau daerah dalam bandar
Contoh
Nama bandar, negara atau bangunan pangsapuri
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Kejiranan: Downtown, Hayes Valley, Mission, Excelsior
Kejiranan: Westminster, Camden, King’s CrossKejiranan: San Francisco, Oakland
Kejiranan: Pangsapuri SOMA, Pangsapuri North Beach, Kediaman Pac Heights
Katalog perkhidmatan dalam coretan berstruktur
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Nilai yang bukan merupakan tawaran khusus penyedia perkhidmatan, yang merujuk perkhidmatan yang dilakukan agar ditimbal balik dengan wang
Contoh
Nilai yang menyenaraikan ciri produk
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Perkhidmatan: Ganti minyak, Pemeriksaan asbut, Penjajaran ta
Perkhidmatan: Pembungkusan, Pengangkutan auto, Storan, Pemungutan puingPerkhidmatan: Ulasan, Sebut harga, Kedudukan
Perkhidmatan: Kadar teratas, Bandingkan 5 kad kredit
Rancangan dalam coretan berstruktur
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Nilai yang bukan merupakan nama persembahan atau rancangan TV sebenar
Contoh
Maklumat tentang rancangan, masa siaran atau perihalan tentang rancangan atau tempat
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Rancangan: Penjelajahan, Kesatria, Penari Amerika Rancangan: Pada pukul 10 pagi, 2 petang, & 5 petang, Tiket diperlukan
Gaya dalam coretan berstruktur
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Nilai yang bukan merupakan variasi bagi kategori yang agak terperinci
ContohNota: Jangan terkeliru antara kategori dengan gaya yang termasuk dalam kategori tersebut. Sebagai contoh, "koktel" dan "kemban" ialah gaya gaun, tetapi "gaun" itu sendiri merupakan kategori dan tidak boleh diserahkan sebagai gaya.
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Gaya: Kepak, Tuf Butang, Desa Perancis, Pusing, Kepala Paku, Berkeluk
Gaya: Tenun rata, Jut, Berjalur, Kasar, Padu, GeometrikGaya: Pakaian Sukan, Pakaian Yoga, Kelengkapan Berlari, Jaket Sukan
Gaya: Tiang Peti Surat, Peti Surat Berkelompok, Peti Surat Berkunci
Gaya: Pakaian Dalam, Gaun Renda, Set Dua Helai
Jenis dalam coretan berstruktur
Perkara berikut tidak dibenarkan:
Contoh
Nilai yang bukan merupakan variasi bagi kategori produk
Dibenarkan
Tidak dibenarkan
Jenis: Lampu gantung, Lampu siling, Lampu dinding
Jenis: LED, Pijar, Halogen, Pendarfluor, Halida LogamJenis: Merah, Biru, Hijau
Dasar yang berkaitan dan penolakan yang biasa berlaku
Dasar Google Ads berikut sangat berkaitan dengan coretan berstruktur dan sering dikaitkan dengan penolakan. Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami.
Ulangan
Untuk memastikan penampilan yang profesional dalam iklan, kami tidak membenarkan ulangan perkataan atau frasa yang berlebihan atau bersifat gimik. Lihat Dasar editorial untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sila ambil perhatian bahawa ini berbeza sedikit daripada Dasar ulangan coretan berstruktur di atas dan digunakan pada mana-mana teks iklan yang berulang dalam teks coretan anda.
Tanda dagangan
Google boleh mengalih keluar iklan atau sambungan disebabkan oleh aduan pemilik tanda dagangan. Pengiklan bertanggungjawab ke atas penggunaan tanda dagangan yang betul dalam teks iklan, aset dan maklumat perniagaan mereka. Lihat dasar Tanda Dagangan untuk mendapatkan maklumat lanjut.