Khidmat kewangan: Russia

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Dasar Google Ads tentang Khidmat Kewangan akan berubah pada sekitar bulan Mei 2015. Kami ingin menjelaskan keperluan bagi iklan khidmat kewangan yang menyasarkan negara Rusia.

Mulai bulan Mei 2015, kami akan mengemas kini dasar kami untuk mencerminkan keperluan yang berikut bagi syarikat yang mempromosikan khidmat serta produk kewangan di Rusia:

  • Pengiklan mesti memegang lesen yang sah atau berdaftar dengan pihak berkuasa Rusia yang berkenaan.
  • Lesen dan/atau nombor pendaftaran berkaitan yang sah mesti dipaparkan pada setiap halaman pendaratan.
  • Jenama atau gelaran berdaftar yang dilesenkan dan/atau pembekal khidmat kewangan berdaftar mesti muncul pada setiap kreatif iklan.

Google memerlukan pengiklan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diguna pakai di semua negara yang menyiarkan iklan mereka. Dasar khidmat kewangan kami akan dikemas kini untuk mencerminkan keperluan bagi negara Rusia ini.

(disiarkan pada 11 Mei 2015)

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10031083739116081191
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false