Keperluan iklan Gmail

Iklan Gmail membolehkan anda menyasarkan pengguna menggunakan isyarat penyasaran canggih dan format iklan seperti mesej yang berimpak tinggi. Iklan yang diruntuhkan dipaparkan kepada pengguna dalam tab Promosi dan Sosial pada akaun Gmail mereka. Iklan yang diruntuhkan membuka kepada iklan dikembangkan yang boleh direka untuk mempromosikan pelbagai matlamat (termasuk borang atau video yang dibenamkan). Anda boleh menyertakan pautan ke tapak luar, pasaran apl atau klik untuk panggil juga.

Iklan Gmail tertakluk kepada dasar Google Ads standard, dasar pengiklanan diperibadikan dan keperluan di bawah.

Pengumpulan data dalam iklan Gmail

Perkara berikut tidak dibenarkan:

Pengumpulan statistik khusus pengguna

Nota: Ini termasuk penempatan piksel dan apa-apa sambungan kepada kuki penyemak imbas web pengguna semasa mereka berada dalam Gmail, sebelum klik yang akan membawa pengguna keluar daripada Gmail. Pengumpulan statistik pengguna selepas klik adalah dibenarkan selaras dengan dasar privasi tapak web anda.

Kegagalan memautkan kepada dasar privasi pengiklan apabila menggunakan borang terbenam

Meminta maklumat yang dilarang daripada pengguna dengan borang terbenam

Senarai medan borang yang dibenarkan

Medan borang yang berikut adalah dibenarkan dalam borang HTML untuk iklan Gmail

Maklumat asas Medan borang yang dibenarkan
Kategori Nama (Nama pertama, Nama akhir)
Alamat
Bandar
Negeri
Poskod
Negara
Alamat e-mel
Nombor telefon
Umur
13-18
18-24
25-34
35-44
45-54
55-64
65 atau lebih
Jantina
Masa paling sesuai untuk memanggil
Program atau produk yang diminati
Pendidikan Tahun tamat pengajian
Tahap pendidikan tertinggi
Iklan setempat dan iklan kecil Lokasi perkhidmatan yang dikehendaki
Jenis perkhidmatan
Kewangan/Insurans
julat untuk medan RM:
0 - 44999
45000 - 74999
75000 - 119999
120000 - 179999
180000 - 224999
225000 - 299999
300000+
Amaun pinjaman (julat)
Mata wang
Jenis kewangan (pinjaman, gadai janji, kad kredit)
Pendapatan isi rumah (julat)
Aset boleh labur (julat)
Amaun perlindungan insurans nyawa (julat)
Anggota tentera
Milik sendiri atau sewa (kenderaan, rumah, dll.)
Nilaikan kredit anda
sangat tidak bagus
tidak bagus
sederhana
baik
sangat baik
Berapakah nilai kediaman anda? (julat)
Automotif Jenis/model kereta
Perjalanan Asal atau destinasi
Tarikh berlepas/kembali
B2B Syarikat
Pekerjaa
Nama jawatan
Bilangan pekerja
1-10
10-50
50-100
100-500
lebih daripada 500

Siaran iklan pihak ketiga dalam iklan Gmail

Perkara berikut tidak dibenarkan:

Siaran iklan pihak ketiga dan penjejakan tera pihak ketiga

Animasi dalam iklan Gmail

Perkara berikut tidak dibenarkan:

Imej beranimasi atau kesan animasi

Dasar yang berkaitan dan penolakan yang biasa berlaku

Dasar Google Ads berikut sangat berkaitan dengan iklan Gmail dan sering dikaitkan dengan penolakan. Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami.

Pengiklanan diperibadikan

Pengiklan iklan Gmail mesti mematuhi dasar Pengiklanan diperibadikan bagi semua iklan Gmail. Pengiklan iklan Gmail tidak boleh menggunakan kategori dasar Pengiklanan diperibadikan untuk menyasarkan iklan kepada pengguna atau untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan pengiklan. Dasar ini juga digunakan pada iklan Gmail yang tidak disasarkan kepada pengguna menggunakan kata kunci.

Pengumpulan dan penggunaan data

Semua iklan dan sambungan mesti mengikut dasar Pengumpulan dan penggunaan data, yang mengawal berapa banyak maklumat yang boleh anda kumpulkan dan cara khusus yang data tersebut boleh digunakan oleh anda.

Kandungan dewasa

Bagi memastikan iklan yang disiarkan adalah berkaitan dan selamat untuk pengguna, Google mengehadkan kandungan dewasa dalam keadaan yang tertentu. Lihat Dasar kandungan dewasa untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kandungan mengelirukan

Semua maklumat hendaklah tepat dan menerangkan perkara yang anda iklankan. Lihat Dasar kandungan mengelirukan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sebagai contoh, nama perniagaan perlu mewakili perniagaan yang diiklankan dengan jelas.

Perkaitan tidak jelas

Semua maklumat hendaklah berkaitan dengan kandungan yang anda iklankan. Misalnya, semua medan kreatif iklan yang diserahkan harus mewakili pengiklan yang sama dan berkaitan dengan produk yang dipromosikan. Lihat dasar tentang Perkaitan tidak jelas untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Editorial

Keperluan standard untuk kejelasan, ejaan yang betul dan penggunaan huruf besar serta simbol digunakan pada semua iklan. Lihat Dasar editorial untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tanda dagangan

Google boleh mengalih keluar iklan atau sambungan disebabkan oleh aduan pemilik tanda dagangan. Pengiklan bertanggungjawab ke atas penggunaan tanda dagangan yang betul dalam teks iklan, aset dan maklumat perniagaan mereka. Lihat dasar Tanda Dagangan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jika iklan anda ditandakan "Diluluskan (terhad)", semak cara status ini memberikan kesan pada tempat iklan anda boleh dipaparkan.

Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?