aIklan Peti Cahaya boleh dikembangkan, iklan paparan media kaya yang disiarkan merentas Rangkaian Paparan Google. Iklan Peti cahaya tertakluk kepada dasar Google Ads standard, dasar untuk imej dan video serta keperluan di bawah.
Iklan bercampur dalam Kempen peti cahaya
Perkara berikut adalah tidak dibenarkan:
Menggunakan mana-mana format iklan yang lain dalam kempen yang mengandungi iklan Peti cahaya
Ketahui cara membetulkan iklan atau sambungan yang tidak diluluskan. Pastikan Iklan peti cahaya ialah satu-satunya iklan dalam kempen anda.
CTA imej tidak ditemui
Perkara berikut adalah tidak dibenarkan:
Gagal memberikan seruan tindak (CTA) untuk apa-apa imej dalam templat Reka Letak Studio
Ketahui cara membetulkan iklan atau sambungan yang tidak diluluskan. Tambahkan seruan tindak, seperti “Tuding untuk kembangkan” pada imej supaya pengguna mengetahui cara berinteraksi dengan iklan, kemudian muat naik semula imej tersebut. Jika anda tidak dapat mengedit imej untuk memenuhi keperluan ini, muat naik imej lain yang mematuhi dasar.
Dasar yang berkaitan dan penolakan yang biasa berlaku
Dasar Google Ads berikut berkaitan dengan Iklan peti cahaya terutamanya dan sering dikaitkan dengan sebab iklan anda ditolak. Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami.
Destinasi tidak sepadan
Semua URL yang digunakan dalam iklan dan sambungan mesti menghala ke domain yang sama dengan destinasi iklan. Lihat Dasar destinasi tidak sepadan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Untuk Iklan peti cahaya, berikan perhatian khusus kepada URL klik logo, URL seruan tindak pengepala dan URL paparan. Semua URL tersebut perlu mematuhi dasar ini.Format video yang tidak boleh diterima
Semua video mesti dimuat naik dalam format yang diluluskan. Lihat Dasar format video yang tidak boleh diterima untuk mendapatkan maklumat lanjut.Video tidak tersedia
Semua video mesti tersedia kepada pengguna awam. Lihat Dasar video yang tidak tersedia untuk mendapatkan maklumat lanjut.Kualiti imej
Semua imej yang digunakan dalam pengiklanan hendaklah memenuhi standard kualiti tertentu. Reka letak imej mesti mematuhi standard Google Ads dan imej tersebut tidak boleh kelihatan kabur. Lihat Dasar kualiti imej untuk mendapatkan maklumat lanjut.Kualiti video
Semua video yang digunakan dalam pengiklanan mesti memenuhi standard kualiti tertentu. Lihat Dasar kualiti video untuk mendapatkan maklumat lanjut.Kandungan dewasa
Bagi memastikan iklan yang disiarkan adalah berkaitan dan selamat untuk pengguna, Google mengehadkan kandungan dewasa dalam keadaan yang tertentu. Lihat Dasar kandungan dewasa untuk mendapatkan maklumat lanjut. Iklan peti cahaya tidak boleh mengandungi sebarang kandungan berorientasikan dewasa.Perkaitan tidak jelas
Semua maklumat hendaklah berkaitan dengan kandungan yang anda iklankan. Misalnya, semua medan kreatif iklan yang diserahkan harus mewakili pengiklan yang sama dan berkaitan dengan produk yang dipromosikan. Lihat dasar tentang Perkaitan tidak jelas untuk mendapatkan maklumat lanjut.