Kemas kini dasar pihak ketiga tidak lama lagi

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Dasar pihak ketiga Google digunakan bagi pihak ketiga yang membeli atau menguruskan pengiklanan Google bagi pihak pelanggan mereka. Dasar ini adalah berbeza daripada dasar Google Ads. Jika anda menggunakan produk pengiklanan Google untuk mengiklankan hanya barangan dan perkhidmatan anda, maka dasar pihak ketiga kami tidak berkenaan kepada anda.

Perubahan yang berlaku

Google akan melancarkan dasar pihak ketiga yang baharu pada bulan November 2014. Sebagai rakan kongsi pihak ketiga, berikut ialah perkara yang boleh anda jangkakan daripada dasar baharu itu:
  • gambaran yang lebih jelas mengenai perkara yang dikehendaki oleh Google daripada pihak ketiga
  • wawasan yang lebih mengenai sebab kewujudan setiap bahagian dasar
  • lebih ketelusan sekitar perkara yang berlaku jika anda melanggar dasar
  • dua keperluan baharu yang bertujuan untuk meningkatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban rakan kongsi pihak ketiga

Keperluan ketelusan baharu

Dasar pihak ketiga baharu kami adalah termasuk keperluan ketelusan baharu berikut:

Yuran pengurusan
Pihak ketiga sering mengenakan yuran pengurusan bagi perkhidmatan berharga yang mereka sediakan dan pengiklan akhir perlu tahu jika mereka akan dikenakan yuran ini. Jika anda mengenakan yuran pengurusan di luar kos Google Ads atau AdWords Express, maklumkan kepada pelanggan. Sekurang-kurangnya, maklumkan pelanggan baharu secara bertulis sebelum setiap jualan pertama dan dedahkan kewujudan yuran ini pada invois pelanggan.

ID pelanggan Google Ads atau AdWords Express
Pengiklan perlu mempunyai keupayaan menghubungi Google secara langsung berhubung kebimbangan mengenai rakan kongsi pihak ketiga. Bagi membolehkan Google menyiasat dan membantu pengiklan dengan baik, kami perlu meminta anda agar memberikan ID pelanggan kepada pelanggan anda bagi akaun Google Ads atau AdWords Express mereka apabila diminta. Ketahui cara untuk mencari ID pelanggan Google Ads atau ID pelanggan AdWords Express.

Maksud perubahan ini kepada anda

Hampir semua rakan kongsi pihak ketiga yang mematuhi dasar pihak ketiga semasa Google juga akan mematuhi dasar baharu apabila mereka memenuhi keperluan ketelusan tambahan yang dinyatakan di atas. Kami mencadangkan agar anda menyemak dasar pihak ketiga yang baharu bagi membiasakan diri anda dengan setiap keperluan dasar itu. Pada masa yang sama, anda perlu mempersiapkan organisasi anda untuk memberi respons kepada permintaan pelanggan untuk mendapatkan ID pelanggan pengiklanan Google mereka dan secara proaktif memaklumkan pelanggan baharu tentang kewujudan sebarang yuran pengurusan yang anda kenakan bagi perkhidmatan pengiklanan Google.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
12494471855730411556
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false