Kandungan dewasa

Iklan perlu menghormati pilihan pengguna dan mematuhi peraturan undang-undang. Oleh sebab itu, kami tidak membenarkan jenis kandungan dewasa tertentu dalam iklan dan destinasi. Sesetengah jenis iklan dan destinasi berorientasikan dewasa dibenarkan jika iklan dan destinasi tersebut mematuhi dasar di bawah dan tidak menyasarkan golongan bawah umur tetapi hanya akan dipaparkan dalam senario yang terhad berdasarkan pertanyaan carian pengguna, umur pengguna dan undang-undang tempatan tempat iklan itu disiarkan.

Ketahui tentang perkara yang berlaku jika anda melanggar dasar kami.

Kandungan seksual eksplisit

Perkara berikut tidak dibenarkan:

Not allowed Teks, imej, audio atau video perbuatan seksual grafik yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu

Contoh: Pornografi ekstrem; perbuatan seks seperti seks kemaluan, dubur dan oral; pelancapan; pornografi kartun atau hentai

Tidak dibenarkan Kandungan yang mempromosikan seks bawah umur, secara paksaan atau tema seksual menyalahi undang-undang yang lain, sama ada secara simulasi atau sebenar

Contoh: Rogol, sumbang muhrim, berahi haiwan, nekrofilia, pornografi lolita atau pornografi bertema remaja, dating bawah umur

Not allowed Kandungan yang boleh ditafsirkan sebagai mempromosikan perbuatan seksual sebagai pertukaran untuk pampasan

Contoh: Pelacuran, perkhidmatan teman dan pengiring, urut intim dan perkhidmatan serupa yang lain, tapak dakapan

Imejan penderaan seksual kanak-kanak

Perkara berikut tidak dibenarkan:

Not allowed Kandungan yang mempromosikan eksploitasi seksual kanak-kanak bawah umur

Contoh: Imejan penderaan seksual kanak-kanak atau kandungan lain

Pengantin pesanan mel

Perkara berikut tidak dibenarkan:

Tidak dibenarkan Kandungan yang mempromosikan perkahwinan dengan warganegara asing

Contoh: Pengantin pesanan mel, broker perkahwinan antarabangsa, lawatan romantik

Tema dewasa dalam kandungan keluarga

Perkara berikut adalah tidak dibenarkan:

Tidak dibenarkan  Kandungan yang dibuat supaya kelihatan sesuai bagi khalayak keluarga tetapi mengandungi tema dewasa, termasuk seks, keganasan, kata-kata kesat atau gambaran kanak-kanak secara tidak menyenangkan atau watak kanak-kanak popular lain, yang tidak sesuai bagi khalayak umum

Dewasa

Perkara berikut dibenarkan hanya di bawah syarat tertentu:

Tidak dibenarkan Promosi dating apabila didorong oleh hubungan seksual

Contoh: Tapak "bertukar-tukar pasangan", dating "seks kasual" atau "mainan asmara"

Tidak dibenarkan Orang atau gambaran orang yang menunjukkan bahagian badan seksual

Contoh: Kemaluan, puting atau punggung; bahagian badan seksual yang dikaburi atau ditapis

Tidak selamat untuk keluarga

Perkara berikut dibenarkan hanya di bawah syarat tertentu:

Tidak dibenarkan Promosi hiburan yang berkaitan dengan seks termasuk hiburan khusus lokasi

Contoh: Kelab bogel, parti dewasa, festival filem dewasa

Tidak dibenarkan Promosi atau jualan barangan yang bertujuan untuk meningkatkan aktiviti seksual

Contoh: Mainan seks, pelincir, agen afrodisia, penggalak seksual

Tidak dibenarkan Promosi dating apabila didorong oleh kecurangan

Contoh: Dating hubungan sulit

Tidak dibenarkan Kandungan yang mengandungi teks, imej, audio atau video tidak senonoh berunsur seksual

Contoh: Bahasa lucah atau seksual, majalah erotik tidak eksplisit

Tidak dibenarkan Kandungan yang mengandungi gaya badan tidak senonoh berunsur seksual

Contoh: Belakang badan melengkung, kaki terbuka atau tangan yang melindungi kemaluan; fokus pada imej kemaluan atau payudara yang dilindungi; meniru posisi seksual, lukisan posisi seksual

Tidak dibenarkan Perkhidmatan pembedahan plastik yang menumpukan pada pembesaran kemaluan atau payudara

Contoh: Pembesaran payudara, pembedahan kosmetik atau pembentukan semula vagina

 

Pengehadan negara

Tidak dibenarkan Negara yang tidak membenarkan iklan Dewasa atau Tidak selamat untuk keluarga Tidak dibenarkan Negara yang tidak membenarkan iklan Dewasa
Algeria
Bahrain
Djibouti
Mesir
India
Iran
Iraq
Jordan
Kuwait
Lubnan
Libya
Maghribi
Oman
Palestin
Qatar
Arab Saudi
Syria
Tunisia
Emiriah Arab Bersatu
Yaman
China
Jerman
Hong Kong
Indonesia
Malaysia
Peru
Filipina
Rusia
Singapura
Korea Selatan
Ukraine
Vietnam
Thailand

Selain keperluan di atas, iklan anda mesti mematuhi undang-undang tempatan yang mengawal kandungan dewasa di kawasan yang kempen anda sasarkan. Lihat senarai lengkap keperluan khusus negara untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sekatan di negara yang ingin anda sasarkan.

Kesan dasar

Jika iklan anda memenuhi keperluan di atas dan diluluskan, berikut ialah butiran cara iklan tersebut boleh disiarkan.

Platform iklan
Tidak dibenarkan Boleh menyiarkan iklan Dewasa dan Tidak selamat untuk keluarga:
Google Ads dan AdWords Express
Tidak dibenarkan Tidak boleh menyiarkan apa-apa kandungan dewasa:
AdMob
Google Ad Manager
YouTube (Pengiklan alkohol yang ingin menggunakan sekatan umur di halaman utama, saluran jenama dan/atau video mereka boleh berbuat demikian di bawah dasar sekatan umur kami)
Rangkaian Iklan
Tidak dibenarkan Carian Google: Iklan kandungan dewasa boleh dipaparkan di Google dan Rangkaian Carian kami. Walau bagaimanapun, jika pengguna mendayakan ciri SafeSearch, pengguna tersebut tidak akan melihat jenis iklan ini. Tidak dibenarkan Rangkaian Paparan & Rangkaian Penjual Ad Manager: Iklan kandungan dewasa tidak dibenarkan untuk disiarkan pada tapak rakan kongsi ini.
Format Iklan
Format iklan yang boleh diterima boleh berubah-ubah bergantung pada faktor seperti platform yang anda gunakan, status iklan anda dan sama ada penerbit atau rakan kongsi telah memilih untuk memaparkan iklan sebegini. Dasar pengiklanan diperibadikan turut digunakan pada semua iklan yang diperibadikan. Berikut ialah beberapa contoh lazim, walaupun mungkin berbeza-beza:

Tidak dibenarkan Tidak boleh mempromosikan kandungan dewasa:
Iklan apl dan Pelanjutan apl
Anotasi rating pengguna
Iklan paparan dinamik
Iklan carian dinamik
Iklan Gmail
Iklan imej
Iklan peti cahaya
Iklan paparan tempahan
Iklan responsif
Iklan video TrueView

Perlukan bantuan?

Jika anda mempunyai soalan tentang dasar kami, beritahu kami: Hubungi Sokongan Google Ads
Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?