Editorial

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Pengguna Display & Video 360 mesti mematuhi dasar Google Ads ini. Lawati pusat bantuan Display & Video 360 untuk mengetahui pengehadan tambahan.

Untuk menyediakan pengalaman pengguna yang berkualiti, Google mensyaratkan semua iklan, aset dan destinasi memenuhi standard editorial dan profesional yang tinggi. Kami hanya membenarkan iklan yang jelas, kelihatan profesional dan yang membawa pengguna kepada kandungan yang berkaitan, berguna dan mudah untuk pengguna berinteraksi.

Berikut ialah beberapa contoh perkara yang perlu dielakkan dalam iklan anda. Ketahui tentang akibatnya jika anda melanggar dasar kami.

Gaya dan ejaan

Perkara berikut tidak dibenarkan:

tanda x merahIklan atau aset yang tidak menggunakan ejaan atau tatabahasa yang diterima umum

Contoh: "Bunga sini beli" atau "Beli bnga sini" dan bukannya "Beli bunga di sini"

Nota: Sesetengah istilah, nama jenama atau nama produk bertanda dagangan menggunakan tatabahasa, ejaan, tanda baca atau penggunaan huruf besar yang tidak standard. Jika anda ingin menggunakan nama seperti itu dalam iklan, anda perlu memohon semakan terlebih dahulu dan membuktikan bahawa istilah yang tidak standard tersebut muncul secara konsisten pada seluruh laman web atau apl anda.

tanda x merah Iklan atau aset yang tidak dapat difahami atau tidak masuk akal

Contoh: Teks iklan yang merepek atau terlalu generik; promosi yang terlalu generik atau tidak jelas; teks iklan yang terpangkas atau tidak lengkap

tanda x merah Iklan atau aset yang melebihi had aksara untuk bahasa aksara dwilebar

Nota: Had aksara untuk teks berbeza-beza bergantung pada sama ada teks digunakan dalam bahasa lebar tunggal atau dwilebar. Bahasa dwilebar, seperti bahasa Cina, Jepun dan Korea, menggunakan aksara dwilebar yang mengambil dua kali ruang berbanding dengan aksara lebar tunggal. Oleh itu, had aksara dalam bahasa tersebut adalah separuh daripada bahasa lain.

tanda x merah Iklan atau aset yang tidak selaras dengan gaya persembahan hasil Google Search yang jelas dan bermaklumat

Contoh: Iklan yang menggunakan titik bulet atau senarai bernombor; iklan yang mengandung seruan tindakan generik (seperti "klik di sini") yang boleh digunakan pada mana-mana iklan

Tanda baca dan simbol

Perkara berikut tidak dibenarkan:

tanda x merah Tanda baca atau simbol yang tidak digunakan dengan betul atau bukan untuk tujuan yang dimaksudkan

Contoh: Tanda seru dalam tajuk iklan; tanda baca atau simbol yang berulang; simbol, nombor dan huruf yang tidak sepadan dengan maksud atau tujuan sebenar, seperti menggunakan "@ rumah" untuk menyatakan "di rumah"; penggunaan superskrip yang tidak standard; simbol atau aksara yang tidak standard, seperti asterisk; titik bulet dan elipsis; penggunaan nombor, simbol atau tanda baca yang berlebihan atau berbentuk gimik, seperti bung4, b@nga, Bunga!!!, b*u*n*g*a, B.U.N.G.A, penggunaan tanda seru atau tanda soal sebanyak dua kali atau lebih kerap dalam teks iklan

Nota: Sesetengah jenis tanda baca dan simbol tidak standard dibenarkan dalam keadaan yang tertentu. Tanda dagangan, nama jenama atau nama produk yang menggunakan tanda baca atau simbol tidak standard secara konsisten dalam destinasi iklan boleh diluluskan untuk digunakan dalam iklan. Simbol yang digunakan dengan cara yang biasa diterima juga dibenarkan, seperti menggunakan asterisk untuk rating bintang (hotel 5*) atau untuk menunjukkan bahawa terdapat syarat yang perlu dipatuhi menurut undang-undang. Untuk menggunakan mana-mana jenis tanda baca atau simbol ini, anda perlu memohon semakan.

tanda x merah Aksara tidak sah atau tidak disokong

Contoh: Emoji, katakana bait tunggal

Penggunaan Huruf Besar

Perkara berikut tidak dibenarkan:

tanda x merah Penggunaan huruf besar yang tidak betul atau bukan untuk tujuan yang dimaksudkan

Contoh: Penggunaan huruf besar yang berlebihan atau bersifat gimik, seperti berikut: BUNGA, BuNgA, B.U.N.G.A

Nota: Dalam sesetengah keadaan, penggunaan huruf besar yang tidak standard adalah dibenarkan. Bagi kod kupon, singkatan biasa (seperti "ASAP"), tanda dagangan, nama jenama dan nama produk, anda boleh meminta semakan untuk melihat sama ada penggunaan huruf besar yang tidak standard boleh diluluskan.

Ulangan

Perkara berikut tidak dibenarkan:

tanda x merah Ulangan nama, perkataan atau frasa bukan standard, berbentuk gimik atau yang tidak diperlukan

Nota: Dasar ini merangkumi aset yang mengulangi teks yang sedia tertera dalam teks iklan

Contoh: Mengulangi nama pengiklan, mengulangi nama produk

tanda x merahTeks aset yang mengulangi perkataan atau frasa dalam aset yang sama atau aset lain dalam kumpulan iklan, kempen, atau akaun yang sama

Jarak yang tidak boleh diterima

Perkara berikut tidak dibenarkan:

tanda x merah Tidak memasukkan ruang atau menambah ruang tambahan

Contoh: "Jualan,beli bunga"; "belibungadisini"

tanda x merah Penggunaan jarak yang berlebihan atau berbentuk gimik

Contoh: b u n g a, belibungadisini

Nota: Sesetengah istilah, nama jenama atau nama produk bertanda dagangan menggunakan jarak yang tidak standard. Jika anda mahu menggunakan nama seperti itu dalam iklan, anda mestilah memohon semakan dahulu dan membuktikan bahawa istilah yang tidak standard itu dipaparkan secara konsisten di seluruh laman web atau apl anda.

Nombor telefon dalam teks iklan

Perkara berikut tidak dibenarkan:

tanda x merah Memasukkan nombor telefon dalam teks iklan

Contoh: Penambahan "Hubungi 1-800-123-4567" pada perihalan iklan

Nota: Jika anda ingin menggalakkan pelanggan menghubungi anda, gunakan aset panggilan atau iklan panggilan sahaja dan bukannya memasukkan nombor dalam teks iklan anda. Jika nama syarikat anda ialah nombor telefon sebenar (seperti "1-800-CONTOH"), mohon semakan untuk mengetahui sama ada anda boleh menggunakan nama itu dalam teks iklan.

Penyalahgunaan ciri iklan

Perkara berikut tidak dibenarkan:

tanda x merah Iklan atau aset yang tidak menggunakan ciri unit iklan untuk tujuan yang dimaksudkan

Contoh: Iklan yang tidak mengandungi kandungan promosi; iklan teks yang tiada satu baris teks; penggunaan medan URL sebagai baris teks tambahan; iklan animasi yang mengandungi permainan atau pertandingan yang dimainkan oleh pengguna untuk memenangi hadiah atau ganjaran lain; iklan yang menggalakkan pengguna memenangi permainan atau pertandingan, atau menuntut hadiah dengan mengklik iklan; penggunaan tangkapan skrin iklan teks untuk mensimulasikan iklan teks sebenar; menjadikan teg ValueTrack kelihatan dalam teks iklan; memuat naik iklan HTML5 tersuai yang mempunyai kebolehan mengklik yang diubah suai

Nota: Audio dan video boleh diterima, namun tetapan lalai mesti ditetapkan kepada "dimatikan" atau dijeda.

Nota: Iklan HTML5 tidak boleh menggunakan "Kawasan Ketik" (dalam Google Web Designer) atau JavaScript Exitapi.exit() untuk mengubah suai kebolehan mengklik. Ketahui lebih lanjut tentang kebolehan mengklik yang diubah suai.

Perniagaan tidak dikenali pasti

Perkara berikut tidak dibenarkan:

tanda x merah Iklan atau destinasi yang tidak menamakan produk, perkhidmatan atau entiti yang dipromosikan

Contoh: Contoh: Tidak memasukkan nama produk, nama syarikat atau URL paparan dalam iklan; iklan animasi yang tidak memaparkan maklumat pengenalan dengan jelas seperti nama produk atau syarikat, logo atau URL paparan pada bingkai statik akhir (selepas animasi berhenti); iklan apl yang tidak menunjukkan nama apl dan sumber muat turun dalam kreatif dan/atau di halaman pendaratan

Keperluan nama perniagaan

Dasar ini berkenaan dengan format iklan yang memerlukan medan nama perniagaan. Perkara berikut tidak dibenarkan:

tanda x merah Memberikan nama perniagaan yang selain nama domain, nama pengiklan yang diiktiraf atau apl boleh dimuat turun yang dipromosikan

Contoh (tidak menyeluruh): Menggunakan nama perniagaan yang generik atau berdasarkan lokasi seperti Mountain View Plumber, New York Taxi.

tanda x merah Penggunaan bahasa promosi dalam medan nama perniagaan

Contoh (tidak menyeluruh): "Beli Kasut Acme" atau "Jualan Murah di Perkhidmatan Kediaman Acme"

Ekoran daripada kepelbagaian pada nama perniagaan, terdapat pertimbangan yang khusus untuk perkara berikut:

Nama perniagaan berasaskan domain: Anda boleh menggunakan nama domain anda sebagai nama perniagaan dengan meletakkan jarak yang sesuai di antara setiap perkataan. Sebagai contoh, www.acmesolutions.com boleh dinyatakan sebagai "Acme Solutions" dalam iklan.

Penjual semula dan peniaga berdaftar: Jika anda penjual semula atau peniaga berdaftar bagi sesuatu produk atau perkhidmatan, gunakan bahasa yang sesuai dengan kelayakan anda. Sebagai contoh, penjual kereta bagi kenderaan Acme di San Antonio boleh menggunakan nama perniagaan seperti "Acme San Antonio".

Kualiti imej

Perkara berikut tidak dibenarkan:

tanda x merah Imej yang mengiring, terbalik atau tidak menggunakan keseluruhan ruang pada saiz imej yang dipilih

tanda x merah Imej yang kabur, tidak jelas, tidak dikenali atau mengandungi teks yang tidak boleh dibaca

tanda x merah Imej yang berkilau, memancar atau mengganggu perhatian

Nota: Kesan tetikus, seperti grafik yang bertindak balas terhadap pergerakan tetikus, dibenarkan selagi pergerakan itu dimulakan oleh pengguna dan berhenti selepas 5 saat.

tanda x merah Iklan yang melebihi bingkai atau menceroboh ke dalam tapak web atau apl

Ketahui cara membetulkan iklan atau aset yang tidak diluluskan. Jika anda tidak dapat mengedit imej agar memenuhi keperluan ini, muat naik imej lain yang mematuhi dasar.

Kualiti video

Perkara berikut tidak dibenarkan:

tanda x merah Video yang mengandungi teks yang tidak boleh dibaca, kualiti bunyi yang rendah atau visual yang kabur, tidak jelas atau tidak dapat dikenal pasti

Ketahui cara membetulkan iklan atau aset yang tidak diluluskan. Jika anda tidak dapat mengedit video agar memenuhi keperluan ini, muat naik video lain yang mematuhi dasar.

Perlukan bantuan?

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang dasar kami, beritahu kami: Hubungi Sokongan Google Ads

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama
10305779501711425873
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false