Kandungan politik

Kami menyokong pengiklanan politik yang bertanggungjawab dan mengharapkan semua iklan serta destinasi politik agar mematuhi keperluan undang-undang tempatan, termasuk undang-undang kempen dan pilihan raya serta “tempoh berdiam" pilihan raya yang dimandatkan untuk mana-mana kawasan geografi yang disasarkan. Kandungan politik termasuk iklan untuk organisasi politik, parti politik, sokongan atau kutipan dana bagi isu politik serta calon dan ahli politik individu.

Ketidakpatuhan dasar kandungan politik kami boleh menyebabkan maklumat tentang akaun dan iklan politik anda didedahkan secara terbuka atau kepada agensi dan pengawal selia yang berkaitan.

Iklan pilihan raya

Iklan pilihan raya dibenarkan untuk disiarkan dengan pengehadan di negara tertentu. Lihat di bawah untuk mengetahui cara kami menentukan iklan pilihan raya di setiap negara atau wilayah dan keperluan pengiklan yang berkuat kuasa.

Iklan pilihan raya di Kesatuan Eropah

 

Di EU, iklan pilihan raya adalah termasuk iklan yang menampilkan:

  • parti politik, pemegang jawatan semasa yang dilantik atau calon Parlimen EU;
  • parti politik, pemegang jawatan semasa atau calon untuk pejabat negara yang dipilih dalam negara anggota EU. Contohnya termasuk anggota parlimen dan presiden negara yang dipilih secara terus; atau
  • soalan referendum untuk undian, kumpulan kempen referendum atau seruan mengundi yang berkaitan dengan referendum nasional, atau referendum negara atau daerah tentang kedaulatan.

Harap maklum bahawa iklan pilihan raya adalah tidak termasuk iklan untuk produk atau perkhidmatan, termasuk barang niaga politik promosi seperti kemeja-T atau iklan yang disiarkan oleh organisasi berita untuk mempromosikan liputan mereka terhadap referendum, parti politik, kempen EU, calon atau pemegang jawatan semasa yang dilantik.

Berikut ialah keperluan yang mesti dipenuhi oleh pengiklan yang ingin menyiarkan iklan pilihan raya di EU.


Keperluan pengesahan pengiklan untuk iklan pilihan raya di Kesatuan Eropah

Dibenarkan dengan pengehadanIklan pilihan raya di EU hanya boleh disiarkan jika pengiklan telah disahkan oleh Google.

Ketahui cara memohon pengesahan.

Penyelesai masalah
  1. Iklan pilihan raya EU hanya boleh disiarkan di EU. Semak sama ada iklan pilihan raya EU anda hanya disiarkan di EU dan bahawa anda telah disahkan untuk menyiarkan iklan pilihan raya EU. Ketahui lebih lanjut tentang proses pengesahan

  2. Hubungi kami untuk menyemak semula iklan anda atau mengedit iklan tersebut. Tindakan ini akan menyerahkan semula iklan dan destinasi iklan tersebut untuk semakan. Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, namun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci.

  3. Jika anda tidak dapat melengkapkan proses pengesahan, alih keluar apa-apa kandungan yang melanggar dasar iklan pilihan raya.

Iklan pilihan raya di India

 

Pada 15 Oktober 2019, Google akan mula menguatkuasakan dasarnya berkenaan iklan pilihan raya yang menampilkan parti politik, calon politik atau ahli semasa Vidhan Sabha, atau apa-apa iklan yang disiarkan oleh parti politik, calon politik atau anggota semasa Vidhan Sabha. Pada masa ini, pengiklan dapat memohon pengesahan dan menyerahkan pra-sijil iklan mereka.

Di India, iklan pilihan raya ialah iklan yang menampilkan parti politik, calon politik atau ahli semasa Lok Sabha atau Vidhan Sabha, atau apa-apa iklan yang disiarkan oleh parti politik, calon politik atau anggota semasa Lok Sabha atau Vidhan Sabha.

Harap maklum bahawa iklan pilihan raya adalah tidak termasuk iklan yang disiarkan oleh entiti bukan politik yang mempromosikan barang niaga politik seperti kemeja-T atau iklan yang disiarkan oleh organisasi berita untuk mempromosikan liputan mereka terhadap parti politik, kempen pilihan raya Lok Sabha atau Vidhan Sabha, calon atau anggota semasa Lok Sabha atau Vidhan Sabha.

Berikut ialah keperluan yang mesti dipenuhi oleh pengiklan yang ingin menyiarkan iklan pilihan raya di India.

Keperluan pengesahan pengiklan untuk iklan pilihan raya di India
Dibenarkan dengan pengehadanIklan pilihan raya di India hanya boleh disiarkan jika pengiklan telah disahkan oleh Google. Pengiklan yang belum disahkan hendaklah memulakan proses pengesahan sebelum menyiarkan apa-apa iklan pilihan raya di India. 
Keperluan pra-sijil iklan untuk iklan pilihan raya di India

Dibenarkan dengan pengehadanPengiklan yang ingin menjalankan iklan pilihan raya di India hendaklah menyerahkan pra-sijil yang sah untuk setiap iklan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya India (ECI) atau sesiapa sahaja yang dibenarkan oleh ECI.

Nota: Pengiklan hendaklah terlebih dahulu disahkan oleh Google sebelum menyerahkan pra-sijil ini untuk setiap iklan.
 

Jika anda telah pun disahkan oleh Google, serahkan pra-sijil untuk iklan pilihan raya anda di sini

Penyelesai masalah
  1. Iklan pilihan raya India hanya boleh disiarkan di India. Semak bahawa iklan pilihan raya India anda hanya disiarkan di India. Selain itu, semak bahawa anda telah disahkan oleh Google dan anda telah menyerahkan pra-sijil untuk setiap iklan pilihan raya yang mahu anda siarkan. Ketahui lebih lanjut tentang proses pengesahan.

  2. Hubungi kami untuk menyemak semula iklan anda. Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, namun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci.

  3. Jika anda tidak dapat melengkapkan proses pengesahan atau tidak mempunyai pra-sijil, alih keluar apa-apa kandungan yang melanggar dasar iklan pilihan raya.

Iklan pilihan raya di Taiwan

Di Taiwan, perkara berikut akan dilarang pada platform Google mulai 15 November 2019 hingga 17 Januari 2020:

 Iklan yang menampilkan parti politik, calon atau pemegang jawatan semasa untuk jawatan terpilih bagi pejabat Presiden, Timbalan Presiden atau ahli Legislative Yuan
 

Iklan pilihan raya persekutuan di Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, iklan pilihan raya adalah termasuk iklan yang menampilkan pemegang jawatan semasa atau calon untuk pejabat persekutuan yang dilantik, seperti Presiden atau Naib Presiden Amerika Syarikat, atau anggota Dewan Rakyat Amerika Syarikat atau Senat Amerika Syarikat.

Harap maklum bahawa iklan pilihan raya adalah tidak termasuk iklan untuk produk atau perkhidmatan, termasuk barang niaga politik promosi seperti kemeja-T atau iklan yang disiarkan oleh organisasi berita untuk mempromosikan liputan mereka terhadap kempen pilihan raya persekutuan, calon atau pemegang jawatan persekutuan semasa yang dilantik.

Berikut ialah keperluan yang mesti dipenuhi oleh pengiklan yang ingin menyiarkan iklan pilihan raya persekutuan di Amerika Syarikat.

Keperluan pengesahan pengiklan untuk iklan pilihan raya di Amerika Syarikat 

Dibenarkan dengan pengehadan Iklan pilihan raya di Amerika Syarikat boleh disiarkan jika pengiklan disahkan oleh Google. 

Ketahui cara memohon pengesahan

Penyelesai masalah
  1. Iklan pilihan raya A.S. hanya boleh disiarkan di Amerika Syarikat. Semak sama ada iklan pilihan raya A.S. anda hanya disiarkan di Amerika Syarikat dan bahawa anda telah disahkan untuk menyiarkan iklan pilihan raya A.S. Ketahui lebih lanjut tentang proses pengesahan
  2. Hubungi kami untuk menyemak semula iklan anda atau mengedit iklan tersebut. Tindakan ini akan menyerahkan semula iklan dan destinasi iklan tersebut untuk semakan. Kebanyakan iklan disemak dalam tempoh 1 hari perniagaan, namun sesetengah semakan boleh mengambil masa yang lebih lama jika iklan tersebut memerlukan semakan yang lebih terperinci.
  3. Jika anda tidak dapat melengkapkan proses pengesahan, alih keluar apa-apa kandungan yang melanggar dasar iklan pilihan raya.

Iklan pilihan raya negeri di Amerika Syarikat

Di samping keperluan di atas, terdapat pengehadan tambahan untuk iklan pilihan raya negeri dan tempatan di beberapa negeri di A.S. Lihat butiran mengikut negeri di bawah.

Pengehadan Maryland
Perkara berikut adalah tidak dibenarkan:
Iklan yang berkaitan dengan cadangan undian dan calon untuk pilihan raya negeri dan tempatan
Pengehadan New Jersey
Perkara berikut adalah tidak dibenarkan:
Iklan yang berkaitan dengan cadangan undian dan calon untuk pilihan raya negeri dan tempatan
Pengehadan New York

Berikut ialah keperluan jawatankuasa perbelanjaan bebas di negeri New York sebelum membeli iklan politik:  

Dibenarkan dengan pengehadan Jawatankuasa perbelanjaan bebas yang ingin membeli iklan yang berkaitan dengan cadangan undian dan calon untuk pilihan raya negeri serta tempatan New York hendaklah memberitahu Google bahawa mereka ialah jawatankuasa perbelanjaan bebas dan menyerahkan salinan dokumen pendaftaran mereka yang telah difailkan dengan Lembaga Pilihan Raya New York State. 
 
Sila lengkapkan borang ini untuk memenuhi keperluan di atas.  
Sekiranya anda menggunakan platform Display & Video 360 untuk pengiklanan, sila lengkapkan borang ini untuk memenuhi keperluan di atas.
Pengehadan Nevada
Perkara berikut adalah tidak dibenarkan:
Iklan yang berkaitan dengan cadangan undian dan calon untuk pilihan raya negeri dan tempatan
Pengehadan Washington
Perkara berikut adalah tidak dibenarkan:
Iklan yang berkaitan dengan cadangan undian dan calon untuk pilihan raya negeri dan tempatan

Iklan pilihan raya di Kanada

Di Kanada, iklan berikut tidak akan dibenarkan pada platform Google mulai 30 Jun hingga 21 Oktober 2019:

Iklan yang menampilkan parti politik persekutuan, pemimpin parti politik persekutuan, ahli semasa atau calon (termasuk peserta pencalonan) untuk Ahli Parlimen Kanada.

Nota: Dasar ini tidak digunakan untuk iklan yang disiarkan oleh organisasi berita untuk mempromosikan liputan berita mereka tentang pilihan raya.

Iklan isu di Kanada

Di Kanada, iklan berikut tidak akan dibenarkan pada platform Google mulai 27 Ogos hingga 21 Oktober 2019:

Iklan yang menampilkan isu yang dikaitkan dengan parti politik persekutuan, ahli semasa atau calon Ahli Parlimen Kanada.

Nota: Dasar ini tidak digunakan untuk iklan yang disiarkan oleh organisasi berita untuk mempromosikan liputan berita mereka tentang pilihan raya.

Keperluan pendedahan untuk pengiklanan pilihan raya 

Google menghendaki semua iklan pilihan raya di EU, India dan Amerika Syarikat agar menunjukkan pendedahan yang mengenal pasti pihak yang membayar untuk iklan tersebut. Untuk kebanyakan format iklan, Google akan menjana pendedahan “Dibayar oleh“ secara automatik menggunakan maklumat yang diberikan semasa proses pengesahan. 

Dibenarkan dengan pengehadan Untuk format dan ciri iklan berikut yang tersedia merentas Google, pengiklan bertanggungjawab untuk menyertakan pendedahan "Dibayar oleh" secara terus dalam iklan, diikuti dengan nama organisasi atau individu yang membayar bagi iklan tersebut. Pendedahan ini hendaklah kelihatan pada setiap masa dalam iklan.

Harap maklum bahawa pendedahan ini bukanlah pengganti untuk apa-apa pendedahan lain yang mungkin perlu anda sertakan dalam iklan anda mengikut undang-undang.

Ketahui cara membetulkan iklan yang tidak diluluskan

 

Perlukan bantuan?

Jika anda mempunyai soalan tentang dasar kami, beritahu kami: Hubungi Sokongan Google Ads
Adakah perkara ini membantu?
Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?