Tanda dagangan- Keperluan negara

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Sejak beberapa tahun yang lalu, kami telah berusaha untuk menyelaraskan dasar tanda dagangan Google Ads kami. Pada tahun 2009, kami mengemaskinikan dasar ini di lebih dari 100 buah negara, dan kami membuat perubahan yang serupa merentas Eropah pada tahun 2010. Di semua negara ini, dasar ini telah memberikan lebih banyak pilihan untuk pengguna, dan membantu perniagaan, tidak kira besar atau kecil untuk menguruskan kempen mereka dengan lebih mudah, lalu membolehkan mereka untuk berhubung dengan lebih ramai pelanggan.

Bermula tidak lama lagi, pengiklan akan perlu mematuhi satu dasar tanda dagangan dan bukannya beberapa dasar, apabila memilih kata kunci untuk kempen Google Ads mereka. Kami akan membuat dasar negara ini konsisten dengan dasar global kami: Australia, Brazil, China, Hong Kong, Macau, New Zealand, Korea Selatan, dan Taiwan. Perubahan dasar ini akan berkuat kuasa pada 23 April 2013.

Dasar tanda dagangan kami direka bentuk untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna melalui iklan Google. Ini serupa dengan cara pembeli bermanfaat apabila mereka melihat pelbagai produk jenama di atas rak kedai. Walaupun mereka sedang mencari jenama kasut berlari yang khusus, contohnya, melihat banyak pilihan yang berbeza membolehkan mereka untuk membandingkan ciri, harga, dan lain-lain lagi untuk membeli kasut berlari yang terbaik untuk mereka. Idea yang sama digunakan pada web ini — orang yang mencari satu jenama produk harus dengan mudah dapat mencari maklumat mengenai produk daripada jenama serupa untuk membuat keputusan yang sahih.

Untuk maklumat lanjut tentang dasar Tanda Dagangan Google Ads kami, cuba lihat pusat bantuankami.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14070308995704734314
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false