Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.
Pada 12 Disember 2023, Dasar perjudian dan permainan Google Ads bagi negara Argentina akan dikemaskinikan.
Kami akan mula menerima dan menyiarkan iklan untuk perjudian dalam talian daripada entiti yang dilesenkan oleh ‘Instituto Provincial de Loterías y Casinos de la Provincia de Buenos Aires’ (“IPlyC”) di Wilayah Buenos Aires dan daripada entiti yang dilesenkan oleh ‘Lottery of the City of Buenos Aires’ (“LOTBA”) di Bandaraya Buenos Aires.
Produk | Dibenarkan? | Butiran |
Perjudian dalam talian | Dibenarkan dengan pengehadan | Google membenarkan iklan yang mempromosikan perjudian dalam talian berikut oleh entiti yang dikendalikan kerajaan:
|
Pengiklan mesti memohon untuk mendapatkan pensijilan.
Halaman dasar perjudian dan permainan akan dikemaskinikan apabila dasar berkuat kuasa pada 12 Disember 2023.
(Disiarkan pada 27 November 2023)