Selesaikan masalah berhubung kod pengesahan kaedah pembayaran

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Jika anda diminta untuk mengesahkan kaedah pembayaran, anda mungkin dapat melengkapkan pengesahan dengan penahanan sementara atau caj pada sejarah atau penyata transaksi kad anda. Jika anda menghadapi masalah dengan kod pengesahan, ikut langkah di bawah.

Penting: Kod mungkin tidak dipaparkan dalam transaksi anda dengan serta-merta. Tunggu beberapa hari sebelum anda menyelesaikan masalah.

Untuk menyelesaikan masalah dengan segera, anda boleh:

Untuk menyelesaikan sebarang masalah berkaitan kod pengesahan, ikut langkah untuk masalah anda di bawah.

Menerima mesej ralat semasa meminta kod

Jika anda menerima mesej ralat, “Tidak dapat menghantar kod”, anda boleh cuba:

  • Menambahkan dana pada akaun dan cuba lagi.
  • Mengesahkan bahawa semua maklumat yang dikaitkan dengan kad anda adalah betul, seperti nama, alamat dan CVC. Jika maklumat tersebut betul, cuba tambahkan semula kad.
  • Serahkan dokumen untuk membuat pengesahan, jika pilihan ini tersedia.

    Petua: Jika tiada satu pun daripada langkah tersebut berjaya, gunakan bentuk pembayaran yang lain

Tidak menemukan kod

Jika anda tidak menemukan kod pengesahan:

  1. Akses penyata kad atau sejarah transaksi untuk kad yang mahu disahkan.
  2. Cari penahanan sementara atau caj yang berjumlah $1.95 USD dengan butiran “GOOGLE”. Jumlah ini berbeza-beza mengikut mata wang.
  3. Terdapat 6 digit kod pengesahan di sebelah penahanan sementara dan pengecam. Anda boleh menemukan pengecam apabila anda memasukkan kod pengesahan pada pay.google.com.

Jika anda tidak menemukan kod dan lebih 7 hari telah berlalu sejak anda meminta kod, anda boleh:

Kod tidak diterima

Jika kod tidak diterima:

  • Pastikan anda memasukkan kod pengesahan untuk kad yang betul.
  • Semak tempoh masa yang berlalu sejak anda meminta kod tersebut. Jika permintaan tersebut telah melebihi 14 hari, kod telah tamat tempoh dan anda perlu cuba membuat pengesahan sekali lagi.
  • Jika anda telah memadamkan kad selepas anda meminta kod pengesahan, kod tersebut akan dianggap tidak sah. Tambahkan semula kad, minta kod baharu dan cuba lagi.
  • Jika kod kurang daripada 6 digit, serahkan dokumen untuk membuat pengesahan, jika pilihan ini tersedia.

    Petua: Jika tiada satu pun daripada pilihan ini berjaya, gunakan bentuk pembayaran yang lain.

Tidak dapat memasukkan kod

Jika anda tidak dapat memasukkan kod, cuba pilihan ini:

  • Jika anda telah memadamkan kad selepas anda meminta kod pengesahan, kod tersebut akan dianggap tidak sah. Tambahkan semula kad, minta kod baharu dan cuba lagi.
  • Serahkan dokumen untuk membuat pengesahan, jika pilihan ini tersedia.
  • Jika tiada satu pun daripada pilihan ini berjaya, gunakan bentuk pembayaran yang lain.

Tidak menerima bayaran balik untuk caj sementara

Jika akaun anda dikenakan caj, bayaran balik mungkin mengambil masa hingga 30 hari untuk dipaparkan dalam akaun anda.

Jika anda tidak menggunakan kod pengesahan, bayaran balik akan diproses dalam masa 14 hari. Setelah bayaran balik diproses, bayaran balik mungkin mengambil masa hingga 2 minggu lagi untuk dipaparkan dalam akaun anda.

Jika anda tidak menerima bayaran balik selepas 30 hari, hubungi sokongan Google.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5590458344435848068
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false