Cara automasi digunakan dalam penyaringan kandungan

Google menyediakan versi terjemahan Pusat Bantuan kami, walaupun terjemahan tersebut tidak bertujuan untuk mengubah kandungan dasar kami. Versi bahasa Inggeris ialah bahasa rasmi yang kami gunakan untuk menguatkuasakan dasar kami. Untuk melihat artikel ini dalam bahasa lain, gunakan menu lungsur bahasa pada bahagian bawah halaman.

Untuk memastikan iklan selamat dan sesuai bagi semua pengguna, iklan disemak untuk memastikan iklan tersebut mematuhi dasar Google Ads. Kebanyakan iklan disemak dalam masa satu hari perniagaan.

Kami menggunakan gabungan penilaian AI Google dan manusia untuk mengesan serta mengalih keluar iklan yang melanggar dasar kami dan berbahaya kepada pengguna serta ekosistem Google Ads secara keseluruhan. Penguatkuasaan teknologi kami mungkin menggunakan AI Google, yang dimodelkan atas keputusan jurusemak, bagi membantu kami melindungi pengguna dan memastikan platform iklan kami selamat. Kandungan yang melanggar dasar akan dialih keluar oleh AI Google atau, apabila penentuan yang lebih terperinci diperlukan, kandungan tersebut dibenderakan untuk semakan lanjutan oleh pengendali dan penganalisis terlatih yang melakukan penilaian kandungan yang mungkin sukar untuk dilakukan sepenuhnya oleh algoritma, contohnya kes yang memerlukan pemahaman tentang konteks iklan. Hasil semakan manual ini kemudiannya digunakan untuk membantu kami membina data latihan untuk meningkatkan lagi model pembelajaran mesin kami.

Apabila menyemak kandungan atau akaun untuk menentukan sama ada kandungan atau akaun itu melanggar dasar kami atau tidak, kami mempertimbangkan pelbagai maklumat sebelum membuat keputusan, termasuk kandungan kreatif (mis. teks, kata kunci serta sebarang imej dan video iklan) serta destinasi iklan yang berkaitan. Kami turut mempertimbangkan maklumat akaun (mis., sejarah pelanggaran dasar yang terdahulu) dan maklumat lain yang diberikan melalui mekanisme pelaporan (jika berkenaan) dan siasatan kami.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16290774184094807068
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
73067
false
false