Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Pembayaran

Garis masa pembayaran untuk AdSense

Kitaran pembayaran AdSense berlaku sebulan sekali. Anda akan mengakru anggaran pendapatan sepanjang tempoh sebulan, kemudian pada awal bulan berikutnya, pendapatan anda akan dimuktamadkan dan diterbitkan pada baki anda di halaman Pembayaran. Jika baki anda melebihi ambang pembayaran dan anda tidak mempunyai penahanan pembayaran, bayaran anda akan dikeluarkan antara 21hb hingga 26hb tersebut. Harap maklum bahawa masa yang tepat bagi anda menerima pembayaran adalah bergantung pada zon waktu anda, sama ada 21hb jatuh pada hujung minggu atau hari cuti dan bentuk pembayaran yang anda pilih.

Nota: Jika anda mempunyai akaun pembayaran yang berasingan untuk AdSense dan YouTube, setiap akaun pembayaran perlu mencapai ambang pembayaran untuk dibayar.
Contoh: Katakan anda mengakru anggaran pendapatan sepanjang bulan Jun. Pada 3 Julai, anda akan melihat jumlah pendapatan muktamad untuk 1-30 Jun disiarkan di halaman Pembayaran anda. Kemudian, pembayaran akan dikeluarkan kepada anda untuk pendapatan bulan Jun anda dan sebarang kredit lain pada baki anda sebagai pembayaran sekali gus pada atau sekitar 21 Julai.
Nota: Pendapatan YouTube yang dimuktamadkan untuk bulan sebelumnya ditambahkan pada baki akaun bayaran YouTube anda antara 7 hb hingga 12 hb pada bulan semasa. Contohnya, jika anda berada di Amerika Syarikat dan anda memperoleh $100 pada bulan Jun, anda akan melihat baki ini di halaman utama AdSense untuk YouTube anda antara 7-12 Julai. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penerimaan pendapatan menerusi Program Rakan Kongsi YouTube, lihat ikhtisar pendapatan rakan kongsi YouTube.

Jejak kemajuan pembayaran anda

Halaman Pembayaran anda dikemas kini untuk menunjukkan kemajuan pembayaran anda. Anda akan melihat item baris ditambahkan dan dikemas kini sepanjang bulan sambil pendapatan anda dimuktamadkan, kemudian dikeluarkan untuk pembayaran. Anda juga mungkin melihat item baris lain untuk pelbagai pembayaran dan kredit. Klik bentuk pembayaran anda di bawah untuk melihat garis masa pembayaran tersuai anda.

Kembangkan semua  Kuncupkan semua

Pindahan Wang Elektronik (EFT)
An example of an AdSense payments calendar
  • 3hb: Anggaran pendapatan anda untuk bulan sebelumnya dimuktamadkan dan diterbitkan di halaman Pembayaran anda. Di halaman Pembayaran, anda akan melihat item baris yang mempunyai jumlah pendapatan anda ditambahkan pada transaksi bulan sebelumnya.

    Halaman Pembayaran anda juga akan memaparkan apa-apa potongan yang berkaitan dengan pelarasan atau yuran. Harap maklum bahawa anda mungkin tidak melihat item baris untuk potongan aktiviti tidak sah yang diambil semasa proses memuktamadkan pembayaran. Ketahui lebih lanjut tentang potongan aktiviti tidak sah.

  • 20hb: Perubahan pada maklumat pembayaran (termasuk pengalihan keluar penahanan pembayaran) hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 20hb. Perubahan yang dibuat selepas 20hb mana-mana bulan tidak akan berkuat kuasa sehingga kitaran pembayaran bulan berikutnya.

    Jumlah baki anda pada 20hb hendaklah mencapai ambang pembayaran. Jika baki anda tidak mencapai ambang pembayaran atau jika anda mempunyai penahanan pembayaran, anda tidak akan dibayar pada bulan itu dan baki anda akan dibawa ke bulan berikutnya.

  • 21hb-2hb: Antara 21hb dan 26hb, baris "Pembayaran belum selesai" kelihatan di halaman Pembayaran yang menunjukkan bahawa pendapatan sedang diproses dan dikeluarkan ke institusi perbankan anda.

Anda akan menerima bayaran anda dalam masa sehingga tujuh hari bekerja selepas dikeluarkan. Jika anda tidak menerima bayaran tersebut pada akhir bulan, buat susulan dengan institusi perbankan anda.

Nota: Sekiranya 21hb jatuh pada hujung minggu atau hari cuti, bayaran boleh dikeluarkan pada hari perniagaan pertama selepas 21hb tersebut.

Semak

Pembayaran cek untuk pendapatan anda pada bulan sebelumnya dikeluarkan antara 21hb dan 26hb dan boleh mengambil masa selama empat minggu untuk tiba di alamat pembayaran anda.

  • 3hb: Anggaran pendapatan bulan sebelumnya dimuktamadkan dan disiarkan di halaman Pembayaran anda.
  • 20hb: Perubahan pada maklumat pembayaran (termasuk pengalihan keluar penahanan pembayaran) hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 20hb. Perubahan yang dibuat selepas 20hb mana-mana bulan tidak akan berkuat kuasa sehingga kitaran pembayaran bulan berikutnya. Selain itu, jumlah baki anda pada 20hb hendaklah mencapai ambang pembayaran. Jika baki anda tidak mencapai ambang pembayaran atau jika anda mempunyai penahanan pembayaran, anda tidak akan dibayar pada bulan itu dan baki anda akan dibawa ke bulan berikutnya.
  • 21hb-26hb: Cek diposkan untuk akaun yang layak. Item baris "Pembayaran belum selesai" kelihatan di halaman Pembayaran anda.

Peruntukkan masa dua hingga empat minggu untuk cek anda tiba melalui pos. Masa ketibaan mungkin berbeza-beza bergantung pada perkhidmatan pos di kawasan anda.

Western Union Quick Cash

Pembayaran Western Union Quick Cash dihantar antara 21hb dan 26hb, dan akan tersedia untuk diambil di lokasi Western Union di negara anda sehari selepas dikeluarkan.

  • 3hb: Anggaran pendapatan bulan sebelumnya dimuktamadkan dan disiarkan di halaman Pembayaran anda.
  • 20hb: Perubahan pada maklumat pembayaran (termasuk pengalihan keluar penahanan pembayaran) hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 20hb. Perubahan yang dibuat selepas 20hb mana-mana bulan tidak akan berkuat kuasa sehingga kitaran pembayaran bulan berikutnya. Selain itu, jumlah baki anda pada 20hb hendaklah mencapai ambang pembayaran. Jika baki anda tidak mencapai ambang pembayaran atau jika anda mempunyai penahanan pembayaran, anda tidak akan dibayar pada bulan itu dan baki anda akan dibawa ke bulan berikutnya.
  • 21hb-26hb: Pembayaran dihantar kepada Western Union. Item baris "Pembayaran belum selesai" kelihatan di halaman Pembayaran anda.

Anda mesti mengambil pembayaran anda dalam tempoh 60 hari dari tarikh keluaran, jika tidak, amaun tersebut akan dikembalikan dan dikreditkan kembali ke akaun AdSense anda.

Pindahan kawat
  • 3hb: Anggaran pendapatan bulan sebelumnya dimuktamadkan dan disiarkan di halaman Pembayaran anda.
  • 20hb: Perubahan pada maklumat pembayaran (termasuk pengalihan keluar penahanan pembayaran) hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 20hb. Perubahan yang dibuat selepas 20hb mana-mana bulan tidak akan berkuat kuasa sehingga kitaran pembayaran bulan berikutnya. Selain itu, jumlah baki anda pada 20hb hendaklah mencapai ambang pembayaran. Jika baki anda tidak mencapai ambang pembayaran atau jika anda mempunyai penahanan pembayaran, anda tidak akan dibayar pada bulan itu dan baki anda akan dibawa ke bulan berikutnya.
  • 21hb-26hb: Pindahan kawat dimulakan. Item baris "Pembayaran belum selesai" kelihatan di halaman Pembayaran anda.

Peruntukkan masa sehingga 15 hari perniagaan untuk pemindahan selesai. Tempoh masa yang diperlukan untuk pindahan kawat anda tiba di akaun bank anda mungkin berbeza-beza bergantung pada institusi perbankan anda.

Nota: Sekiranya 21hb jatuh pada hujung minggu atau hari cuti, bayaran boleh dikeluarkan pada hari perniagaan pertama selepas 21hb tersebut.

Nota: Jika akaun penerbit didapati melanggar Terma dan Syarat atau dasar Program, kami boleh menahan pembayaran pada bila-bila masa (bermula dari masa Google memulakan siasatan kemungkinan pelanggaran), memotong pendapatan daripada akaun dan/atau membayar balik pengiklan untuk klik yang diterima di laman penerbit atau AdSense bagi halaman hasil carian.

Selain itu, jika penerbit melampaui tempoh untuk apa-apa pembayaran kepada Google berkaitan dengan program Google Ads, kami berhak untuk menahan pembayaran sehingga semua pembayaran yang belum dijelaskan telah dibuat. Untuk mendapatkan penerangan lengkap syarat pembayaran, rujuk Terma dan Syarat AdSense.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Halaman AdSense anda

Memperkenalkan Halaman AdSense: sumber baharu yang membolehkan anda menemukan maklumat peribadi dan peluang baharu dalam akaun anda untuk membantu anda berjaya menggunakan AdSense.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9736561508798777895
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false