Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Dasar

Dasar Penerbit Google

(23 Mac 2022) Berikutan perang yang sedang berlaku di Ukraine, kami akan menjeda pengewangan kandungan yang mengeksploitasi, mengetepikan atau menyokong perang tersebut.

(10 Mac 2022) Berikutan penggantungan sistem pengiklanan Google di Rusia baru-baru ini, kami akan menjeda pembuatan akaun Rusia baharu pada AdSense, AdMob dan Google Ad Manager. Selain itu, kami akan menjeda iklan pada produk dan rangkaian Google di seluruh dunia bagi pengiklan yang berpangkalan di Rusia.

(3 Mac 2022) Susulan peperangan yang berterusan di Ukraine, kami akan menjeda iklan buat sementara waktu daripada disiarkan kepada pengguna yang berada di Rusia.

(26 Februari 2022) Ekoran peperangan di Ukraine, kami akan menjeda pengewangan Google bagi media yang dibiayai kerajaan Persekutuan Rusia. 

Kami akan terus memantau situasi tersebut secara aktif dan membuat pelarasan mengikut keperluan.

Kami dalam proses menghijrahkan dan menyepadukan semua Dasar Penerbit Google serta Pengehadan Penerbit Google pada Pusat Bantuan Dasar Penerbit baharu. Buat masa ini, anda masih boleh melihat semua dasar dalam Pusat Bantuan AdMob, AdSense dan Ad Manager

Apabila anda mengewangkan kandungan anda menggunakan kod iklan Google, anda perlu mematuhi dasar yang berikut. Kegagalan untuk mematuhi dasar ini mungkin menyebabkan Google menyekat iklan daripada dipaparkan pada kandungan anda, atau menggantung atau menamatkan akaun anda.

Dasar ini akan dikenakan sebagai tambahan kepada apa-apa dasar lain yang mengawal penggunaan produk penerbit Google oleh anda.

Google menggalakkan Internet yang percuma dan terbuka dengan membantu penerbit mengewangkan kandungan mereka dan membantu pengiklan untuk menjangkau bakal pelanggan melalui produk serta perkhidmatan berkaitan yang berguna. Tindakan mengekalkan kepercayaan pada ekosistem iklan memerlukan penetapan had pada kandungan yang akan kami wangkan.

Dasar Penerbit Google disusun mengikut kategori yang berikut:

Ketahui lebih lanjut tentang istilah dasar yang biasa digunakan dan maksud istilah tersebut dalam glosari.

Dasar kandungan 

Kandungan yang menyalahi undang-undang

Kami tidak membenarkan kandungan yang:

  • menyalahi undang-undang, menggalakkan aktiviti haram atau melanggar hak undang-undang pihak lain.

 Ketahui lebih lanjut tentang kandungan yang menyalahi undang-undang

Penyalahgunaan harta intelek

Kami tidak membenarkan kandungan yang:

  • melanggar hak cipta. Dasar kami memerlukan kami bertindak terhadap notis dakwaan pelanggaran yang mematuhi Akta Hak Cipta Milenium Digital (DMCA). Anda boleh memfailkan pemberitahuan balas melalui borang ini.
  • menjual atau mempromosikan jualan produk palsu. Barangan tiruan mempunyai tanda dagangan atau logo yang sama atau tidak dapat dibezakan dengan ketara daripada tanda dagangan yang lain. Barangan tiruan meniru ciri jenama produk sebagai cubaan untuk kelihatan seperti produk tulen pemilik jenama.

Ketahui lebih lanjut tentang penyalahgunaan harta intelek

Kandungan yang berbahaya atau menghina

Kami tidak membenarkan kandungan yang:

  • menghasut kebencian terhadap, menggalakkan diskriminasi ke atas, atau memperkecilkan individu atau kumpulan berdasarkan bangsa atau asal etnik, agama, kecacatan, umur, kewarganegaraan, status veteran, orientasi seksual, jantina, identiti jantina atau sifat lain mereka yang dikaitkan dengan diskriminasi atau pemarginalan sistemik.

    Contoh: Mempromosikan kumpulan benci atau peralatan kumpulan benci; menggalakkan orang lain untuk mempercayai bahawa individu atau kumpulan tertentu tidak berperikemanusiaan, rendah kedudukan atau layak dibenci

  • mengganggu, mengugut atau membuli individu atau kumpulan individu.

    Contoh: Menumpukan individu tertentu untuk dijadikan sasaran penderaan atau gangguan; mengatakan bahawa sesuatu kejadian tragis tidak berlaku atau bahawa mangsa, atau keluarga mereka ialah pelakon atau bersubahat untuk menyembunyikan peristiwa tersebut

  • mengancam atau menyokong kemudaratan fizikal atau mental terhadap diri sendiri atau orang lain.

    Contoh: Kandungan yang menyokong pembunuhan diri, anoreksia atau tindakan mencederakan diri sendiri yang lain; mengancam seseorang dengan kemudaratan fizikal atau menyeru serangan terhadap orang lain; menggalakkan, memuliakan atau menyokong keganasan terhadap orang lain; kandungan dibuat oleh kumpulan pengganas atau yang menyokong kumpulan pengganas atau organisasi pengedaran dadah antarabangsa, atau kandungan yang menggalakkan tindakan pengganas, termasuk pengambilan, atau meraikan serangan pengganas oleh organisasi pengedaran dadah atau pengganas antarabangsa

  • mengeksploitasi orang lain melalui peras ugut.

    Contoh: Penyingkiran secara eksploitasi, pornografi balas dendam, memeras ugut

Ketahui lebih lanjut tentang kandungan yang berbahaya dan menghina

Kekejaman terhadap haiwan

Kami tidak membenarkan kandungan yang:

  • mempromosikan kekejaman atau keganasan melampau terhadap haiwan

    Contoh: Mempromosikan kekejaman terhadap haiwan atas tujuan hiburan seperti laga ayam atau anjing

  • mempromosikan jualan produk yang diperoleh daripada spesies terancam atau dalam bahaya.

    Contoh: Jualan harimau, sirip yu, gading gajah, kulit harimau, tanduk badak sumbu, minyak dolfin

Ketahui lebih lanjut tentang kekejaman terhadap haiwan.

Kandungan yang memberikan gambaran yang salah

Perwakilan yang mengelirukan

Kami tidak membenarkan kandungan yang:

  • menyalahgambarkan, silap menyatakan atau menyembunyikan maklumat tentang penerbit, pencipta kandungan, tujuan kandungan atau kandungan itu sendiri.
  • menyatakan secara palsu tentang kewujudan gabungan dengan atau sokongan oleh individu, organisasi, produk atau perkhidmatan lain.

    Contoh: Meniru produk Google, menyalahgunakan logo syarikat

 Ketahui lebih lanjut tentang perwakilan mengelirukan

Tuntutan yang tidak boleh dipercayai atau berbahaya

Kami tidak membenarkan kandungan yang:

  • membuat dakwaan yang boleh dibuktikan sebagai palsu dan boleh menjejaskan penyertaan atau kepercayaan secara ketara terhadap proses pilihan raya atau demokratik.

    Contoh: maklumat tentang prosedur pengundian awam, kelayakan calon politik berdasarkan umur atau tempat lahir, keputusan pilihan raya atau penyertaan dalam bancian yang bercanggah dengan rekod rasmi kerajaan

  • mempromosikan tuntutan kesihatan yang berbahaya atau berkaitan dengan krisis kesihatan utama semasa dan yang bercanggah dengan konsensus sains yang berwibawa.

    Contoh: Sokongan anti-vaksin, menafikan kewujudan keadaan kesihatan seperti AIDS atau COVID-19, terapi penukaran gay

  • bercanggah dengan konsensus saintifik yang berwibawa dengan perubahan iklim.

 Ketahui lebih lanjut tentang tuntutan yang tidak boleh dipercayai atau berbahaya

Amalan penipuan

Kami tidak membenarkan:

  • menarik pengguna untuk berinteraksi dengan kandungan melalui dakwaan yang palsu atau tidak jelas.
  • percubaan mencuri maklumat peribadi atau menipu pengguna untuk berkongsi maklumat peribadi

    Contoh: Kejuruteraan sosial seperti pancingan data

  • mempromosikan kandungan, produk atau perkhidmatan menggunakan dakwaan yang palsu, tidak jujur atau mengelirukan.

    Contoh: Skim "Cepat Kaya"

  • bersekongkol dengan laman atau akaun lain dan menyembunyikan atau memberikan gambaran yang salah tentang identiti anda atau butiran penting lain tentang diri anda, jika kandungan anda berkaitan dengan politik, isu sosial atau hal ehwal dengan kepentingan awam.

  • memaparkan kandungan tentang isu politik, sosial atau hal ehwal kepentingan awam kepada pengguna di negara selain daripada negara anda, jika anda memberikan gambaran yang salah atau menyembunyikan negara asal anda atau butiran material lain tentang diri anda

 Ketahui lebih lanjut tentang amalan penipuan

Media yang dimanipulasi

Kami tidak membenarkan kandungan yang:

  • mengelirukan pengguna menerusi media yang dimanipulasikan berkaitan dengan politik, isu sosial atau hal ehwal kepentingan awam.

 Ketahui lebih lanjut tentang media yang dimanipulasi 

Menggalakkan gelagat tidak jujur

Kami tidak membenarkan kandungan yang:

  • membantu pengguna untuk mengelirukan orang lain.

    Contoh: Membuat dokumen palsu atau tiruan seperti pasport, diploma atau pentauliahan; jualan atau pengedaran kertas penggal, perkhidmatan membuat tugasan atau mengambil peperiksaan; maklumat atau produk untuk lulus ujian dadah

  • mempromosikan apa-apa bentuk penggodaman atau perekahan dan/atau memberi pengguna arahan, peralatan atau perisian yang mengganggu atau menyediakan akses yang tidak dibenarkan kepada peranti, perisian, pelayan atau tapak web.

    Contoh: Halaman atau produk yang membolehkan akses tidak dibenarkan kepada telefon selular dan sistem atau peranti penyampaian kandungan, atau komunikasi yang lain; produk atau perkhidmatan yang memintas perlindungan hak cipta, termasuk memintasi teknologi pengurusan hak digital; produk yang menyahkodkan isyarat kabel atau satelit secara tidak sah untuk mendapatkan perkhidmatan percuma; halaman yang membantu atau membolehkan pengguna memuat turun video penstriman jika dilarang oleh pembekal kandungan

  • membolehkan pengguna atau mempromosikan produk atau perkhidmatan yang membolehkan pengguna, menjejak atau memantau pengguna lain atau aktiviti mereka tanpa keizinan mereka.

    Contoh: Perisian pengintip dan teknologi yang digunakan untuk pengawasan pasangan intim termasuk tetapi tidak terhad kepada perisian pengintip/perisian hasad yang membolehkan pengguna memantau mesej teks, panggilan telefon atau sejarah penyemakan imbas individu lain; penjejak GPS yang dipasarkan khusus untuk mengintip atau menjejak seseorang tanpa persetujuan mereka; promosi peralatan pengawasan (mis. kamera, perakam audio, kamera papan pemuka, kamera pengasuh anak) yang dipasarkan dengan tujuan utama untuk pengintipan

    Perkara ini tidak termasuk (a) perkhidmatan siasatan peribadi atau (b) produk atau perkhidmatan yang direka bentuk untuk membolehkan ibu bapa menjejak atau memantau anak bawah umur mereka.

 Ketahui lebih lanjut tentang menggalakkan gelagat tidak jujur

Kandungan seksual eksplisit

Kami tidak membenarkan kandungan yang:

  • termasuk teks, imej, audio, video atau permainan seksual yang berbentuk grafik.

    Contoh: Perbuatan seks seperti seks kemaluan, dubur dan/atau oral; pelancapan; pornografi kartun atau hentai; kebogelan grafik

  • mengandungi tema seksual bukan sepersetujuan, sama ada secara simulasi atau sebenar.

    Contoh: Rogol, sumbang muhrim, berahi haiwan, nekrofilia, snuf, pornografi lolita atau pornografi bertema remaja, dating bawah umur

    Ketahui lebih lanjut tentang kandungan seksual eksplisit

Kegiatan seks berganjaran

Kami tidak membenarkan kandungan yang:

  • boleh ditafsirkan sebagai mempromosikan perbuatan seksual sebagai pertukaran untuk pampasan.

    Contoh: Pelacuran, perkhidmatan teman dan pengiring, urut intim dan laman dakapan; dating berganjaran atau aturan seksual dengan seorang peserta dijangka memberikan wang, hadiah, sokongan kewangan, pementoran atau faedah bernilai lain kepada peserta lain seperti dating "Gula"

     Ketahui lebih lanjut tentang kegiatan seks berganjaran

Pengantin pesanan mel

Kami tidak membenarkan kandungan yang:

  • memudahkan perkahwinan dengan orang asing.

    Contoh: Pengantin pesanan mel, broker perkahwinan antarabangsa, lawatan romantik

      Ketahui lebih lanjut tentang pengantin pesanan mel

Tema dewasa dalam kandungan keluarga

Kami tidak membenarkan kandungan yang:

  • dibuat supaya kelihatan sesuai bagi khalayak keluarga tetapi mengandungi tema dewasa, termasuk seks, keganasan atau gambaran kanak-kanak atau watak kanak-kanak popular lain, yang tidak sesuai bagi khalayak umum.

       Ketahui lebih lanjut tentang tema dewasa dalam kandungan keluarga

Penderaan seksual dan eksploitasi kanak-kanak

Kami tidak membenarkan kandungan yang:

  • Melakukan eksploitasi seksual atau mendera kanak-kanak atau kandungan yang mempromosikan eksploitasi seksual atau penderaan kanak-kanak. Hal ini termasuk semua bahan penderaan seksual kanak-kanak.
  • Membahayakan kanak-kanak. Termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
    • ‘Antun seksual kanak-kanak’ (contohnya berbaik-baik dengan kanak-kanak secara dalam talian untuk memudahkan hubungan seksual dan/atau bertukar-tukar imej seksual dengan kanak-kanak itu, secara dalam talian atau luar talian);
    • ‘Pemerasan seksual’ (contohnya, mengancam atau memeras ugut kanak-kanak dengan menggunakan akses sebenar atau akses yang didakwa kepada imej kanak-kanak yang terlalu peribadi);
    • Penggambaran seksual kanak-kanak (contohnya, kandungan yang menggambarkan, menggalakkan atau mempromosikan penderaan seksual atau eksploitasi kanak-kanak); dan
    • Pemerdagangan kanak-kanak (contohnya, pengiklanan atau pengumpanan kanak-kanak untuk eksploitasi seksual komersil).

Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya, yang mungkin termasuk melaporkan kepada National Center for Missing & Exploited Children dan melumpuhkan akaun. Jika anda percaya terdapat kanak-kanak dalam bahaya atau yang telah mengalami penderaan, eksploitasi atau diperdagangkan, hubungi polis dengan segera. Jika anda bimbang bahawa kanak-kanak sedang atau telah mengalami bahaya berhubungan dengan produk kami, anda boleh melaporkan gelagat tersebut kepada Google.

        Ketahui lebih lanjut tentang penderaan seksual dan eksploitasi kanak-kanak


Dasar gelagat 

Perisytiharan tidak jujur

Maklumat yang diberikan oleh penerbit untuk mendayakan penggunaan atau interaksi mereka dengan sistem pengiklanan Google:

  • mesti tepat secara material dan lengkap, tanpa pengecualian yang mengelirukan; dan
  • tidak boleh dinyatakan secara menipu atau mengelirukan.

    Contoh: Maklumat peribadi atau butiran pembayaran yang diberikan oleh penerbit adalah tidak lengkap secara nyata, dilindungi atau tidak tepat. Maklumat yang diberikan tentang tapak web penerbit (mis. dalam fail ads.txt) atau apl (mis. dalam fail app-ads.txt) adalah tidak tepat. Permintaan iklan yang mengandungi URL atau AppID separa atau tidak tepat.

               Ketahui lebih lanjut tentang perisytiharan tidak jujur

Gangguan iklan 

Iklan disiarkan oleh Google yang mengganggu kandungan atau interaksi pengguna

Kami tidak membenarkan iklan yang disiarkan oleh Google yang:

  • bertindih atau bersebelahan dengan item navigasi atau item tindakan lain dan mungkin membawa kepada interaksi iklan yang tidak diniatkan,
  • mengganggu penggunaan kandungan dengan teruk termasuk menindih kandungan atau menolak kandungan ke luar paparan,
  • ditempatkan di skrin "mati" yang pengguna tidak dapat keluar daripada skrin tanpa mengklik iklan. 

               Ketahui lebih lanjut tentang gangguan iklan

Nilai inventori

Iklan disiarkan oleh Google pada skrin tanpa kandungan penerbit

Kami tidak membenarkan iklan yang disiarkan oleh Google pada skrin:

  • tanpa kandungan penerbit atau dengan kandungan bernilai rendah,
  • yang sedang dalam pembinaan,
  • yang digunakan untuk makluman, navigasi atau tujuan gelagat lain

Ketahui lebih lanjut tentang iklan disiarkan oleh Google pada skrin tanpa kandungan penerbit

Iklan luar konteks

Kami tidak membenarkan iklan yang disiarkan oleh Google:

  • dalam apl atau halaman web yang dijalankan di latar belakang,
  • yang dipaparkan di luar paparan,
  • apabila perhatian pengguna dijangka berada di tempat lain dan bukan pada skrin yang mengehoskan iklan tersebut.

Pengguna hendaklah mengetahui dengan jelas kandungan penerbit yang dikaitkan dengan iklan.

Ketahui lebih lanjut tentang iklan luar konteks

Iklan disiarkan oleh Google pada skrin yang mempunyai kandungan replika

Kami tidak membenarkan iklan yang disiarkan oleh Google pada skrin:

  • dengan kandungan dibenamkan atau disalin daripada pengguna lain tanpa komentari tambahan, pilih susun atau sebaliknya menambah nilai pada kandungan tersebut.

Anda juga perlu mematuhi dasar Penyalahgunaan harta intelek.

Ketahui lebih lanjut tentang iklan disiarkan oleh Google pada skrin yang mempunyai kandungan replika

Lebih banyak iklan atau bahan promosi berbayar berbanding kandungan penerbit

Kami tidak membenarkan iklan yang disiarkan oleh Google pada skrin:

  • dengan lebih banyak iklan atau bahan promosi berbayar berbanding kandungan penerbit.

Ketahui lebih lanjut tentang Lebih banyak iklan atau bahan promosi berbayar berbanding kandungan penerbit

 

 Bahasa yang tidak disokong

Kami tidak membenarkan kandungan yang:

Ketahui lebih lanjut tentang bahasa yang tidak disokong.

 

 


Dasar video

Dasar untuk inventori video

Pengewangan inventori video ialah cara membawakan nilai tambahan pada kandungan video, yang memberikan manfaat kepada penerbit, pengguna dan pengiklan. Untuk memastikan inventori video yang diwangkan dengan kod iklan Google ("Inventori Video") memberikan pengalaman yang positif kepada penerbit, pengguna dan pengiklan, kami telah menetapkan keperluan di bawah bagi sifat dan pelaksanaan Inventori Video.

Terangkan inventori dengan tepat

  1. Inventori Video perlu menyediakan pengisytiharan dengan isyarat yang tepat (untuk Ad Manager, lihat parameter URL tag iklan VAST), termasuk:
    • Kebolehdengaran peletakan iklan: Boleh didengar secara lalai atau diredamkan (untuk Ad Manager, lihat parameter vpmute).
    • Jenis peletakan iklan: Iklan video yang disiarkan pada pemain video dengan kandungan video mestilah diisytiharkan dengan tepat sama ada sebagai peletakan "Dalam strim" atau "Kandungan Pengiring" (untuk Ad Manager, lihat parameter plcmt). Iklan video yang disiarkan pada peletakan bukan pemain video tidak memerlukan pengisytiharan dan akan ditentukan secara automatik oleh Google berdasarkan format inventori sama ada sebagai peletakan "Interstitial" atau "Kendiri".
      • "Dalam strim" bermaksud iklan video atau audio yang dimainkan dalam strim kandungan video atau audio, dengan kandungan video atau audio itu ialah tumpuan lawatan pengguna atau diminta secara jelas oleh pengguna.

        Contoh: Iklan video yang dimainkan sebelum, pada pertengahan atau selepas strim kandungan video yang diminta oleh pengguna.

      • "Kandungan Pengiring" bermaksud iklan video yang dimainkan dalam strim kandungan video yang mengiringi kandungan utama lawatan pengguna, dengan kandungan video bukan tumpuan lawatan pengguna atau tidak diminta secara jelas oleh pengguna. Peletakan Kandungan Pengiring mestilah dimuatkan dalam kandungan halaman dan diredamkan secara lalai.

        Contoh: Iklan video yang dimainkan sebelum, pada pertengahan atau selepas kandungan video yang diredamkan yang menggunakan sebahagian kecil daripada halaman editorial utama.

      • "Interstitial" bermaksud iklan video yang dimainkan tanpa kehadiran kandungan video penstriman lain dalam peralihan antara kandungan dengan iklan video ialah tumpuan utama halaman itu dan memenuhi sebahagian besar port pandang.

        Contoh: Iklan video yang bebas daripada sebarang kandungan video strim lain dan diletakkan dalam paparan penuh dalam senggang sejadi atau peralihan antara kandungan.

      • "Kendiri" bermaksud iklan video yang dimainkan tanpa kehadiran sebarang kandungan video penstriman lain, dengan iklan video bukan tumpuan halaman itu.

        Contoh: Iklan video yang bebas daripada sebarang kandungan video penstriman lain dan diletakkan dalam sepanduk pada rel kanan halaman artikel.

Nota: untuk Ad Manager, istilah "dalamstrim" atau "dalam strim" pada halaman Pusat Bantuan dan kawalan dalam produk merujuk pada "Dalam strim" and "Kandungan Pengiring" seperti yang dinyatakan dalam dasar ini. Inventori Video Ad Manager yang "Dalam Strim" atau merupakan "Kandungan Pengiring" menurut dasar ini mestilah mematuhi keperluan masing-masing dalam dasar ini.

Gunakan pelaksanaan yang disokong

  1. Peletakan Dalam strim atau Kandungan Pengiring hendaklah menggunakan SDK Iklan Media Interaktif Google atau Pustaka Akses Programatik Google pada platform yang disokong, melainkan melalui program Beta Google rasmi.
    • Rakan kongsi dan penerbit tidak boleh menggunakan produk Iklan Media Interaktif untuk mengewangkan kandungan YouTube. Untuk kandungan YouTube, rakan kongsi dan penerbit hendaklah melakukan pengewangan melalui Program Rakan Kongsi YouTube.
  2. Peletakan Interstitial atau Kendiri perlu menggunakan penyelesaian yang disediakan oleh Google: pada web: Tag Penerbit Google; pada apl: SDK Iklan Mudah Alih Google (untuk Ad Manager; untuk AdMob).
    • SDK Iklan Media Interaktif Google tidak dibenarkan untuk peletakan Interstitial atau Kendiri, kecuali untuk peletakan dalam permainan.

Lindungi nilai pengiklan

  1. Kandungan atau kawalan Inventori Iklan (contohnya, mainkan, jeda, redam, langkau atau ketepikan), termasuk kandungan iklan atau kawalan yang disediakan, hendaklah tidak dihalang, tersembunyi atau tidak berfungsi.
  2. Untuk peletakan Dalam strim, iklan audio tidak boleh diminta atau disiarkan dalam peletakan yang diredamkan.

Hormati pengguna

  1. Inventori Video boleh diautomain, dengan syarat:
    • Hanya satu Inventori Video merentas semua jenis peletakan boleh diautomain dengan bunyi pada bila-bila masa.
      • Di samping itu, untuk peletakan Dalam strim atau Kandungan Pengiring, hanya satu pemain video boleh diautomain dalam paparan pada bila-bila masa.
    • Iklan tidak boleh diautomain hingga sekurang-kurangnya 50% unit iklan kelihatan.
  2. Inventori Video boleh dalam keadaan lekit, dengan syarat:
    • Pilihan untuk mengetepikan diberikan sepanjang tempoh video atau kandungan iklan. Pilihan ini tidak boleh disembunyikan, terhalang atau tidak berfungsi.
    • Untuk peletakan Dalam strim atau Kandungan Pengiring, pemain video mestilah bermula dalam kandungan utama dan hanya beralih kepada peletakan lekit apabila pengguna menatal pemain video keluar daripada halaman.
Nota: Dasar kami menentukan jenis kandungan yang boleh diwangkan oleh pencipta dan penerbit dengan kod iklan Google. Keperluan di atas tidak menjamin kualiti peletakan yang dibeli oleh pengiklan.

            Ketahui lebih lanjut tentang dasar untuk inventori video


Dasar berkaitan privasi

Pendedahan privasi

Penerbit hendaklah:

  • mempunyai dasar privasi dan mematuhi dasar tersebut yang mendedahkan dengan jelas sebarang pengumpulan, perkongsian dan penggunaan data yang berlaku di mana-mana tapak, apl, penerbitan e-mel atau produk lain yang disebabkan oleh penggunaan produk Google oleh anda. Dasar privasi mesti mendedahkan kepada pengguna bahawa pihak ketiga mungkin meletakkan dan membaca kuki pada penyemak imbas pengguna anda atau menggunakan bikon web untuk mengumpulkan maklumat berikutan penyiaran iklan di tapak web anda.

    Untuk mematuhi kewajipan pendedahan berkenaan dengan penggunaan data oleh Google ini, anda boleh memilih untuk memaparkan pautan yang menonjol tentang Cara Google menggunakan data apabila anda menggunakan laman atau apl rakan kongsi kami.

           Ketahui lebih lanjut tentang pendedahan privasi

Kuki pada domain Google

Penerbit hendaklah:

  • tidak menetapkan kuki di domain Google atau mengubah suai, memintas atau memadamkan kuki yang ditetapkan di domain Google.

           Ketahui lebih lanjut tentang kuki pada domain Google

Pengenalpastian pengguna

Penerbit hendaklah:

  • tidak menggunakan cap jari peranti atau objek yang dikongsi secara setempat (mis. kuki Flash, Objek Pembantu Penyemak Imbas, storan setempat HTML5) selain kuki HTTP atau pengecam peranti mudah alih yang boleh ditetapkan semula oleh pengguna yang direka bentuk untuk digunakan dalam pengiklanan. Perkara ini tidak mengehadkan penggunaan alamat IP untuk pengesanan penipuan.
  • tidak menghantar apa-apa maklumat kepada data Google yang boleh digunakan atau dicam oleh Google sebagai maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti; atau yang mengenal pasti peranti tertentu secara kekal (seperti pengecam peranti unik telefon mudah alih jika pengecam seperti itu tidak boleh ditetapkan semula).
  • tidak menggunakan perkhidmatan kami untuk mengenal pasti pengguna atau memudahkan penggabungan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti dengan maklumat yang dikumpulkan sebelum itu sebagai bukan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti tanpa notis kukuh dan persetujuan pasti terdahulu pengguna (iaitu, ikut serta) terhadap pengecaman atau penggabungan tersebut. Tanpa mengira persetujuan pengguna, anda tidak boleh mencuba untuk menghuraikan data yang dilaporkan secara agregat oleh Google.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Panduan pematuhan Dasar Pengenalpastian Pengguna.

  • mematuhi dasar persetujuan pengguna EU.

           Ketahui lebih lanjut tentang pengenalpastian pengguna.

Penggunaan data peranti dan lokasi

Jika penerbit mengumpulkan, memproses atau mendedahkan maklumat yang mengenal pasti atau boleh digunakan untuk menentukan lokasi geografi tepat pengguna akhir, seperti yang disumberkan daripada data GPS, Wi-Fi atau menara selular, maka,

Penerbit hendaklah:

  • mendedahkan kepada pengguna, melalui interstisial atau notis tepat pada masanya, tujuan penggunaan data mereka (termasuk, pemperibadian iklan, analitis dan atribusi, seperti yang berkenaan), termasuk bahawa data tersebut mungkin dikongsi dengan rakan kongsi;
  • mendapatkan persetujuan nyata (iaitu, ikut serta) daripada pengguna akhir sebelum mengumpulkan, memproses atau mendedahkan maklumat sedemikian;
  • menghantar maklumat sedemikian kepada Google dalam keadaan yang disulitkan atau melalui saluran yang disulitkan; dan
  • mendedahkan pengumpulan, pemprosesan atau pendedahan maklumat yang sedemikian dalam semua dasar privasi yang bersesuaian.

            Ketahui lebih lanjut tentang penggunaan data peranti dan lokasi

Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA)

Jika anda melaksanakan apa-apa perkhidmatan pengiklanan Google pada apl, laman atau sebahagian laman yang diliputi oleh Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA), anda mestilah:

  • memaklumi Google tentang tapak atau bahagian tapak tersebut yang diliputi oleh COPPA menggunakan Konsol Carian Google, menandai permintaan iklan tersebut menggunakan SDK AdMob, atau menandai tapak, apl atau permintaan iklan anda untuk pengendalian khusus kanak-kanak;
  •  tidak menggunakan pengiklanan berdasarkan minat (termasuk pemasaran semula) untuk menyasarkan:
    • aktiviti lalu atau semasa oleh pengguna yang anda ketahui berusia di bawah umur 13 tahun atau
    • aktiviti lalu atau semasa di laman yang ditujukan kepada pengguna yang berumur di bawah 13 tahun.

               Ketahui lebih lanjut tentang Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA)


Keperluan dan standard lain

Dasar spam untuk carian web Google

Anda tidak boleh:

               Ketahui lebih lanjut tentang dasar Spam untuk carian web Google

Pengalaman kesat 

Anda tidak boleh:

  • memaparkan iklan disiarkan oleh Google pada skrin yang mengandungi pengalaman kesat.

               Ketahui lebih lanjut tentang pengalaman kesat

Perisian hasad atau tidak diingini

Anda tidak boleh:

  • memaparkan iklan disiarkan oleh Google pada skrin yang mengandungi perisian hasad atau "perisian hasad" yang mungkin membahayakan atau mendapatkan akses tidak dibenarkan kepada komputer, peranti atau rangkaian.

    Contoh: Virus komputer, perisian tebusan, cecacing, kuda trojan, rootkit, pengelog kekunci, pendail, perisian pengintip, perisian keselamatan berniat jahat dan atur cara atau apl berniat jahat yang lain

  • memaparkan iklan disiarkan oleh Google pada skrin yang melanggar dasar Perisian Tidak Diingini Google.

    Contoh: Kegagalan menunjukkan ketelusan tentang kefungsian yang disediakan oleh perisian atau kesan penuh pemasangan perisian, gagal menyertakan Syarat Perkhidmatan atau Perjanjian Lesen Pengguna Akhir, menggabungkan perisian atau aplikasi tanpa pengetahuan pengguna, membuat perubahan sistem tanpa kebenaran pengguna, menyukarkan pengguna untuk melumpuhkan atau menyahpasang perisian, gagal menggunakan API Google yang boleh didapati secara terbuka dengan betul apabila berinteraksi dengan perkhidmatan atau produk Google

   Ketahui lebih lanjut tentang perisian hasad atau tidak diingini

Standard Iklan Lebih Baik 

Anda tidak boleh:

               Ketahui lebih lanjut tentang Standard Iklan Lebih Baik

Inventori dibenarkan

Anda tidak boleh:

  • memaparkan iklan disiarkan oleh Google pada domain yang menggunakan ads.txt yang anda tidak disertakan sebagai penjual sah inventori dalam fail ads.txt

Untuk rakan kongsi pensindiketan, Ibu Bapa mesti memastikan Kanak-kanak menambahkan fail ads.txt dengan segera pada domain Kanak-kanak dengan Ibu Bapa sebagai penjual disahkan bagi Inventori Kanak-kanak.

               Ketahui lebih lanjut tentang inventori dibenarkan

Pematuhan sekatan

Google mesti mematuhi sekatan dan kawalan eksport yang ditetapkan oleh Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat, Biro Industri & Keselamatan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat serta sekatan lain yang berkenaan. Hasilnya, produk penerbit Google tidak tersedia kepada penerbit di negara atau wilayah berikut:

  • Crimea
  • Cuba
  • Negara yang digelar Republik Rakyat Donetsk (DNR) dan Republik Rakyat Luhansk (LNR) 
  • Iran
  • Korea Utara
  • Syria

Produk penerbit Google juga tidak boleh digunakan untuk atau bagi pihak yang berada dalam senarai negara atau wilayah yang disekat di atas. 

Selain itu, produk penerbit Google tidak layak untuk entiti atau individu yang dihadkan di bawah sekatan perdagangan dan undang-undang pematuhan eksport yang berkenaan. Produk penerbit Google tidak layak untuk entiti atau individu yang dimiliki atau dikawal oleh atau bertindak untuk atau bagi pihak entiti atau individu yang disekat sedemikian. 

Penerbit juga hendaklah mematuhi sekatan dan peraturan eksport yang berkenaan, yang termasuk sekatan OFAC dan bersetuju untuk tidak menyebabkan Google melanggar peraturan ini. Anda tidak boleh menggunakan produk penerbit Google untuk atau bagi pihak entiti atau individu yang disekat. Anda tidak boleh menggunakan produk penerbit Google untuk atau bagi pihak entiti atau individu yang berada di negara atau wilayah yang disekat.

               Ketahui lebih lanjut tentang pematuhan sekatan

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Halaman AdSense anda

Memperkenalkan Halaman AdSense: sumber baharu yang membolehkan anda menemukan maklumat peribadi dan peluang baharu dalam akaun anda untuk membantu anda berjaya menggunakan AdSense.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17709719339089264074
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false