Menukar atau menetapkan semula kata laluan anda

Anda boleh menukar kata laluan anda atas sebab keselamatan atau menetapkan semula kata laluan tersebut jika anda terlupa. Kata laluan Google Account anda digunakan untuk mengakses banyak produk Google, seperti Gmail dan YouTube.

Mahu memanfaatkan sepenuhnya apl Google di tempat kerja atau sekolah?  Daftar untuk percubaan Google Workspace, tiada caj dikenakan.

Menukar kata laluan anda

An animation showing how to change or reset your password for your Google Account on iOS

    1. Buka apl Gmail pada iPhone atau iPad anda.
    2. Di bahagian atas sebelah kanan, ketik gambar profil atau parap anda kemudian Urus Google Account anda. Jika anda tidak menggunakan Gmail, pergi ke myaccount.google.com.
  1. Di bahagian atas, ketik Maklumat peribadi.
  2. Di bawah "Maklumat asas", ketik Kata laluan.
  3. Masukkan kata laluan baharu anda, kemudian pilih Tukar Kata Laluan.
    • Petua: Apabila anda memasukkan kata laluan pada mudah alih, huruf pertama bukan sensitif huruf.

Menetapkan semula kata laluan anda

  1. Ikut langkah untuk memulihkan akaun anda. Anda akan ditanya beberapa soalan untuk mengesahkan sama ada ini akaun anda dan e-mel akan dihantar kepada anda.  Jika anda tidak menerima e-mel:

2. Pilih kata laluan yang belum pernah anda gunakan dengan akaun ini. Ketahui cara membuat kata laluan yang kukuh.

Perkara yang berlaku selepas anda menukar kata laluan anda

Jika anda menukar atau menetapkan semula kata laluan, anda akan dilog keluar daripada semua peranti kecuali:

Membetulkan masalah dengan kata laluan anda

Jika anda menghadapi masalah menetapkan semula kata laluan anda atau tidak boleh log masuk ke akaun anda, dapatkan bantuan lanjut.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6496661593077594985
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
70975
false
false