Pusat bantuan ini menyediakan kandungan bantuan yang terhad dalam bahasa anda. Anda boleh memilih bahasa lain di bahagian bawah halaman atau menterjemahkan dengan serta-merta mana-mana halaman web ke dalam bahasa pilihan anda, menggunakan bar terjemahan Google Chrome yang terbina dalam.

Edit maklumat akaun asas anda

Untuk mengedit akaun anda, hanya log masuk pada halaman utama Akaun Google.

Alamat e-mel
  1. Log masuk ke Akaun Google anda.
  2. Dalam kotak "Maklumat peribadi", klik E-mel.

Nota: Anda tidak boleh menukar nama pengguna anda jika anda menggunakan Gmail. Ketahui lebih lanjut

Nombor telefon
  1. Log masuk ke Akaun Google anda.
  2. Dalam kotak "Maklumat peribadi", klik Telefon.

Ketahui lebih lanjut tentang menambahkan nombor telefon pada akaun anda

Kata laluan
  1. Log masuk ke Akaun Google anda.
  2. Tatal ke kotak "Melog masuk" di sebelah bawah.
  3. Klik Kata laluan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keselamatan, lihat Pusat Keselamatan Google.

Nama peribadi, nama panggilan
  1. Log masuk ke Akaun Google anda.
  2. Dalam kotak "Maklumat peribadi", klik Nama.

Jika anda mempunyai Google+, anda boleh menukar nama peribadi atau nama panggilan anda dengan mengklik Edit profil dalam kotak "Maklumat peribadi".

Hari Lahir

Jika tarikh lahir anda disenaraikan pada akaun anda, anda boleh kemas kininya melalui Google+.

Zon waktu

Apabila anda membuat perjalanan, anda mungkin mahu melihat acara dalam zon waktu lokasi semasa anda. Untuk tukar zon waktu anda, edit tetapan anda dalam Kalendar Google.

Foto profil

Jika anda menggunakan Google+, baca langkah ini tentang menukar foto profil anda.

Mengalih keluar produk
  1. Log masuk ke Akaun Google anda.
  2. Tatal ke kotak "Pengurusan akaun" di sebelah bawah.
  3. Klik Padamkan produk.
  4. Klik pautan untuk memadamkan produk yang hendak dialih keluar.

Harap maklum bahawa pengalihan keluar satu-satu perkhidmatan tidak sentiasa boleh dilakukan. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pilihan yang tersedia untuk suatu perkhidmatan, lawati halaman Bantuan Google, yang membolehkan anda mencari pelbagai maklumat tentang produk khusus.

Memadamkan akaun anda

  1. Log masuk ke Akaun Google anda.
  2. Tatal ke kotak "Pengurusan akaun" di sebelah bawah.
  3. Klik Padamkan Akaun Google dan data.
  4. Baca arahan dengan teliti dan ikut langkah pada halaman.
  • Jika anda memadamkan akaun, anda akan memadamkan terus produk Google yang dikaitkan dengan akaun itu, seperti sejarah carian anda.
  • Jika anda menggunakan Gmail dengan akaun anda, anda tidak dapat mengakses peti masuk anda lagi dan tidak dapat menggunakan semula nama pengguna Gmail anda.

Untuk mendapatkan petua tentang keselamatan dalam talian, lawati Pusat Keselamatan Google.