Menyediakan nombor telefon atau alamat e-mel pemulihan

Untuk memastikan anda dapat mengakses Google Account anda kembali sekiranya anda tidak dapat log masuk, tambahkan maklumat pemulihan.

Penting: Jika anda menggunakan akaun melalui tempat kerja, institusi pengajian atau kumpulan lain, langkah ini mungkin tidak berjaya. Hubungi pentadbir anda untuk mendapatkan bantuan.

Cara maklumat pemulihan membantu anda

Nombor telefon atau alamat e-mel pemulihan membantu anda menetapkan semula kata laluan sekiranya:

  • Anda terlupa kata laluan
  • Orang lain menggunakan akaun anda
  • Anda terhalang daripada mengakses akaun anda atas sebab lain

Petua: Jika anda menukar nombor telefon atau e-mel pemulihan, Google mungkin masih menawarkan untuk menghantar kod pengesahan ke nombor telefon atau alamat e-mel anda yang terdahulu selama 7 hari. Jika seseorang mula menggunakan akaun anda tanpa kebenaran, tindakan ini membenarkan anda melindungi tetapan anda dengan cepat.

Menambah atau menukar nombor telefon pemulihan

Menambah nombor telefon pemulihan
  1. Pergi ke Google Account anda.
  2. Pada panel navigasi kiri, klik Maklumat peribadi.
  3. Di bawah "Maklumat hubungan", klik Tambahkan telefon pemulihan untuk memastikan akaun anda selamat.
  4. Ikut langkah pada skrin.
Menukar nombor telefon pemulihan
  1. Pergi ke Google Account anda.
  2. Pada panel navigasi kiri, klik Maklumat peribadi.
  3. Di bawah "Maklumat hubungan", klik Telefon kemudian Nombor telefon.
    • Menukar telefon pemulihan anda: Di sebelah nombor anda, klik Edit Edit.
    • Memadamkan nombor pemulihan anda: Di sebelah nombor anda, klik Padam Padam .
  4. Ikut langkah pada skrin.

Petua: Jika anda memadamkan nombor telefon pemulihan, nombor itu mungkin masih digunakan untuk perkhidmatan Google yang lain. Untuk mengurus nombor telefon anda, pergi ke akaun anda.

Nombor yang harus digunakan

Gunakan telefon mudah alih yang:

  • Menerima mesej teks
  • Milik anda seorang
  • Biasa anda gunakan dan sentiasa berada bersama anda

Menambah atau menukar alamat e-mel pemulihan

Menambah alamat e-mel pemulihan
  1. Pergi ke Google Account anda.
  2. Pada panel navigasi kiri, klik Maklumat peribadi.
  3. Di bawah "Maklumat hubungan", klik E-mel kemudian E-mel pemulihan. Anda mungkin perlu log masuk.
  4. Ikut langkah pada skrin.
Menukar alamat e-mel pemulihan
  1. Pergi ke Google Account anda.
  2. Pada panel navigasi kiri, klik Maklumat peribadi.
  3. Di bawah "Maklumat hubungan", klik E-mel kemudian E-mel pemulihan. Anda mungkin perlu log masuk.
  4. Klik pada alamat e-mel pemulihan anda untuk mengedit.

E-mel yang harus digunakan

Pilih alamat e-mel yang:

  • Biasa anda gunakan
  • Berbeza dengan alamat yang anda gunakan untuk log masuk ke Google Account anda

Cara maklumat pemulihan digunakan

Maklumat pemulihan membantu anda mendapatkan kembali akses kepada akaun anda dan memastikan akaun anda selamat.

Nombor telefon pemulihan

Berikut ialah beberapa cara nombor telefon pemulihan anda boleh digunakan:

  • Untuk menghantar kod kepada anda supaya anda dapat mengakses akaun anda jika anda kehilangan akses
  • Untuk menyekat seseorang daripada menggunakan akaun anda tanpa kebenaran
  • Untuk memudahkan anda membuktikan akaun adalah milik anda
  • Untuk memberitahu anda jika terdapat aktiviti yang mencurigakan pada akaun anda

Jika nombor telefon pemulihan anda adalah sama seperti nombor telefon lain yang telah anda tambahkan pada akaun anda, nombor itu mungkin digunakan untuk tujuan lain. Ketahui lebih lanjut tentang cara nombor telefon digunakan.

Alamat e-mel pemulihan

Berikut ialah beberapa cara nombor telefon pemulihan anda boleh digunakan:

  • Untuk mengesahkan nama pengguna anda setelah anda membuat alamat e-mel
  • Untuk membantu anda mengakses akaun anda jika anda terlupa kata laluan atau tidak dapat log masuk atas sebab lain
  • Untuk memberitahu anda jika anda hampir kehabisan ruang storan
  • Untuk memberitahu anda jika terdapat aktiviti yang mencurigakan pada akaun anda

Menyelesaikan masalah

Tidak dapat log masuk

Pergi ke halaman pemulihan akaun dan jawab soalan dengan sebaik mungkin. Petua ini dapat membantu.

Gunakan halaman pemulihan akaun jika:

  • Anda terlupa kata laluan.
  • Seseorang telah menukar kata laluan anda.
  • Seseorang telah memadamkan akaun anda.
  • Anda tidak dapat log masuk atas sebab lain.

Petua: Untuk memastikan anda cuba log masuk ke akaun yang betul, cuba pulihkan nama pengguna anda.

Tidak dapat menukar maklumat pemulihan

Jika terdapat sesuatu yang berbeza tentang cara anda log masuk, anda mungkin tiada pilihan untuk menukar maklumat pemulihan. Anda boleh mencuba lagi:

  • Daripada peranti yang biasa anda gunakan untuk log masuk.
  • Dari lokasi yang biasa anda log masuk.
  • Pada minggu seterusnya daripada peranti yang anda gunakan pada masa ini.
true
Welcome to your Google Account!

We see you have a new Google Account! Learn how to improve your experience with your Google Account checklist.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3748435698345376119
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
70975
false
false