Laporkan iklan

Cara melaporkan iklan

Memastikan iklan selamat untuk pengguna merupakan perkara yang paling diutamakan oleh Google. Namun, adakalanya iklan yang teruk terlepas tanpa disedari. Jika anda menemukan iklan yang anda percaya telah melanggar dasar iklan Google, anda boleh melaporkan iklan tersebut.

Tindakan melaporkan iklan tidak menyekat akan iklan tersebut. Ketahui lebih lanjut tentang cara menyekat iklan.

Bergantung pada tempat anda melihat iklan, langkah dan ikon di bawah mungkin sedikit berbeza. Untuk melaporkan iklan:

  1. Bagi iklan yang anda lihat pada perkhidmatan Google, pada iklan tersebut pilih  Lagi atau Maklumat .
    Atau
    Bagi iklan yang anda lihat pada laman dan apl yang bekerjasama dengan Google, pada iklan tersebut,  pilih Tutup atau Adchoices kemudianMengapa iklan ini?
  2. Jika anda melihat berbilang iklan pada bahagian atas Pusat Iklan Saya, pilih iklan yang mahu anda laporkan. 
  3. Pilih Laporkan iklan.
  4. Jika anda belum log masuk ke Google Account anda, masukkan alamat e-mel anda. 
  5. Pilih sebab anda melaporkan iklan tersebut. 
  6. Isi borang.
    Jika borang mempunyai mana-mana medan yang telah siap diisi, jangan edit medan tersebut.
  7. Jika dikehendaki, berikan butiran lanjut dengan memberitahu kami mengapa anda merasakan iklan ini melanggar dasar kami.
    Sebagai contoh, jika anda merasakan iklan ini ialah usaha memancing data, berikan nama laman yang dituntut sebagai punca iklan ini.
  8. Pilih Hantar.

Selepas anda melaporkan iklan, anda akan menerima e-mel yang mengesahkan bahawa kami telah menerima laporan anda.

Perihal proses semakan kami

Apabila anda melaporkan iklan, iklan tersebut akan disemak oleh pasukan Amanah & Keselamatan Google untuk menyemak sama ada iklan tersebut melanggar mana-mana dasar kami atau tidak. 

Apabila kami menemukan iklan yang melanggar peraturan atau undang-undang kami, kami akan mengambil tindakan. Pelanggaran berat atau berulang boleh mengakibatkan akaun pengiklan digantung yang bermaksud mereka tidak boleh menyiarkan iklan melalui Google lagi.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8587594196373306687
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false